NAMA: AINNUR HAMSANI

UMUR: 25 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2019

Latar belakang

Puan Ainu Hamsani pada mulanya hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Masih buntu dan terkial-kial dalam mencari rezeki beliau mencuba dengan berniaga atas talian yang mana perniagaan atas talian adalah cara yang sangat berkesan dan cepat menarik para penggemar kepada produk yang beliau pasarkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum ini tiada kemahiran dalam menggunakan komputer. Aplikasi yang wajib beliau guna adalah WhatsApp sahaja. Beliau terdetik untuk mengubah cara hidup beliau dengan menyertai kelas keusahawanan bagi mencebok serta mencari peluang yang sedia ada bagi memperkemas semula perniagaan beliau. Setelah mendapat pendedahan tentang peluang yang baik dalam menjana pendapatan secara dalam talian, beliau mengambil inisiatif untuk mengikuti kursus keusahawanan  dan mengikuti kursus komputer di PEDi Pengkalan Kubor.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau dengan jayanya telah mengikuti kursus Latihan Keusahawanan dan kelas pemasaran online dalam beberapa minggu di PEDi Pengkalan Kubor dan beliau berjaya menamatkan kursus dalam tempoh yang cukup baik. Beliau memilih Shopee, Instagram dan Facebook sebagai platform media sosial beliau bagi memasarkan produk beliau.

NAMA: CHE NURLYANA BINTI CHE YUSOF

UMUR: 27 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2018

Latar belakang

Che Nurlyana berusia 27 tahun dan bekerja sebagai guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Berangan,Tumpat. Beliau telah menjadi ahli PEDi Pengkalan Kubor sejak tahun 2018 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Che Nurlyana kurang menguasai kemahiran komputer dan hanya menggunakan komputer untuk melayari Internet seperti enjin carian dan media sosial. Beliau jarang menggunakan komputer menggunakan Microsoft Office Word dan juga aplikasi lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kursus ICT yang dijalankan di PEDi Pengkalan Kubor,Che Nurlyana sangat teruja dan bersemangat untuk mengikuti kelas yang seterusnya.Ini kerana beliau semakin mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Office Word dan sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam tugas kerja beliau di sekolah.

NAMA: Siti Amira Salwani

UMUR: 35 Tahun

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2019

Latar belakang

Puan Amira pada asalnya menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan. Namun,perniagaan beliau mengalami masalah dan terpaksa tutup. Oleh yang demikian,beliau bercadang untuk menjalan perniagaan secara dalam talian bagi mengurangkan pengeluaran modal yang tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini,beliau tidak mempunyai kemahiran komputer dan hanya menggunakan aplikasi Whatapps sebagai medium komunikasi.Namun,bagi mengubah cara hidup,beliau mencari peluang untuk belajar kelas keusahawanan bagi memulakan pernigaan secara dalam talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Amira telah mengikuti kursus Latihan Keusahawanan dan kelas pemasaran online selama beberapa minggu di PEDi Pengkalan Kubor.Beliau telah berjaya menghabiskan kursus dalam tempoh yang singkat. Kini,beliau telah mahir menggunakan platform media sosial Facebook sebagai teknik pemasaran perniagaan beliau.

NAMA: NURUL AZWANI BINTI ABDULLAH

UMUR: 30 TAHUN

AHLI PEDi  PENGKALAN KUBOR: 2019

Latar belakang

Nurul Azwani adalah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada 2 orang anak. Beliau berasal dari Kg.Geting, Pengkalan Kubor. Mula menjalankan perniagaan secara dalam talian pada awal tahun 2019 dan menggunakan medium laman web sosial Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nurul Azwani pada asalnya tiada kemahiran asas komputer dan kurang mahir menggunakan Internet.Beliau hanya menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai medium untuk memulakan perniagaan secara sambilan sebagai dropship produk tertentu. Namun, setelah mendapat pendedahan tentang peluang yang baik dalam menjana pendapatan secara dalam talian, beliau mengambil inisiatif untuk mengikuti kursus keusahawanan  dan mengikuti kursus komputer di PEDi Pengkalan Kubor.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nurul Azwani telah mula mengikuti kelas komputer dan kursus keusahawanan yang diadakan di PEDi sejak bulan April 2019. Dalam tempoh 2 bulan,beliau berjaya menamatkan modul yang dipelajari dan terus mengaplikasikan teknik pemasaran yang telah dipelajari. Kini,beliau telah mahir membuat pengiklanan di media sosial Facebok dan Instagram. Jika sebelum ini pendapatan yang diperoleh oleh Nurul Azwani hanyalah sekitar dari  RM50-RM100 sebulan. Tapi kini beliau mampu meriah pendapatan dari RM200-RM400 sebulan.

NAMA: RAHIMAH BT YUSOFF

UMUR: 35 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2019

Latar belakang

RAHIMAH BT YUSOFF adalah merupakan ibu kepda 1 orang cahaya mata, menjalankan perniagaan "Minyak Urut Modern".

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum ini tidak pernah tahu dan diberitahu tentang keberkesanan jualan atas talian. Namun, beliau mula sedar akan kepentingan jalur lebar bila ada salah seorang jiran beliau memberitahu beliau tentang keuntungan yang berlipat kali ganda selepas membuat pengiklanan melalui jalur lebar. Oleh yang demikian beliau mulai sedar dan bersemangat untuk mencuba membuat promosi dan pengiklanan secara atas talian secara tidak serius bebagai satu permulaannya. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau bermula dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan dan program e-Rezeki di PEDi Pengkalan Kubor ini pada bulan Mac 2019 tahun lalu dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di PEDi Pengkalan Kubor,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Dengan Asas yang diberikan kepada beliau, beliau memulakan dengan mendaftar di Facebook dan Instagram. Jika dulu pendapatan bulanan hanya kurang dari RM 500 tapi kini beliau mampu mengjangkau jualan hingga RM 1000-1500 sebulan.