Nama: Suziani Binti Azmi

Umur: 42 Tahun

Ahli PEDi Pengkalan Kubor: 2019

Latar belakang

Suziani asalnya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada 4 orang anak. Bagi membantu suaminya menambah pendapatan keluarga,beliau membuat keputusan untuk belajar kelas membuat kek dan aneka kuih di salah sebuah kedai bakeri yang berdekatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Suziani tidak pernah terlibat dalam mana-mana perniagaan dalam talian.Namun,beliau mengambil langkah berani untuk mencuba membuat promosi secara dalam talian bagi jualan kek dan aneka kuih beliau dalam facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Suziani Azmi memulakan dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan dan program e-Rezeki di PEDi Pengkalan Kubor ini pada bulan November 2018 tahun lalu dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di PEDi Pengkalan Kubor,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Suziani Azmi lebih menyukai platform Facebook sebagai pilihan beliau untuk menjual perniagaannya kepada umum dan masyarakat setempat. Dengan berbekalkan modal sebanyak RM 300-400, beliau memulakan tapak perniagaan beliau di laman sesawang. Beliau katanya begitu teruja untuk bergiat secara aktif dalam dunia jualan dan pemasaran online. Tidak diragui pada permulaan perniagaan beliau, beliau perlu lebih aktif dalam mempromosikan barangan jualan beliau kerana beliau masih baru dalam dunia jualan online ini. Namun, beberapa bulan selepas itu, beliau mampu untuk meraih keuntungan dua kali ganda setelah mengaplikasikan jualan di talian. Beliau sangat teruja dan berazam untuk mempertingkatkan lagi usaha bagi meraih pendapatan yang lebih banyak.

NAMA: NUR ASYIQIN BINTI ZULKIFLI 

UMUR: 19 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2016

Latar belakang

Nur Asyiqin adalah merupakan pelajar lepasan STAM daripada Sekolah Agama Meheliah Kg Geting,Pengkalan Kubor. Sementara menunggu panggilan tawaran masuk ke institusi pengajian tinggi,mereka berempat mengambil keputusan untuk mengikuti kelas komputer di PEDi Pengkalan Kubor kerana mengakui mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam menggunakan komputer dan kurang pendedahan tentang penggunaan Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awal permulaan Nur Asyiqin tidak tahu menggunakan dan mengendalikan penggunaan internet

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nur Asyiqin telah mengikuti kelas latihan kelas Asas Komputer di PEDi Pengkalan Kubor selama lebih kurang 2 bulan. Kini, beliau telah semakin mahir menggunakan aplikasi MS Office Word dan MS Office Excell.Tujuan utama beliau belajar adalah untuk emudahkan urusan beliau andai kata beliau menyambung pengajian kelak. Oleh yang demikian, jalan yang terbaik buat beliau adalah dengan menghadiri kelas belajar kelas asas komputer. Setidaknya jika perlu berbuat sedemikian beliau mampu melakukannya.

 

 

 Nama       : Nor Anis Ayuni
Umur         : 28 Tahun
Ahli           : 2017

 

Latar belakang

Nor Anis Ayuni baru berusia 28 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang anak.Beliau bekerja sebagai seorang guru tadika di salah sebuah tadika swasta di Pengkalan Kubor. Pada masa yang sama,beliau juga turut menjalankan perniagaan  sambilan bagi menambah pendapatan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Nor Anis Ayuni pernah menjalankan perniagaan dalam talian. Namun, jumlah hasil jualan yang diperoleh kurang memberangsangkan.Oleh yang demikian, beliau cuba mencari dan mengkaji cara yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi hasil jualan beliau dalam talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nor Anis Ayuni telah mengikuti kursus Latihan Keusahawanan dan teknik pemasaran online di PEDi Pengkalan Kubor bermula pada bulan Jun 2018.Beliau memilih platform Facebook untuk mempromosikan produk beliau dalam talian. Kini, hasil jualan Nor Anis meningkat sebanyak 30% berbanding sebelumnya.

usahawan.JPG

 

 

 

 Nama       : Nor Fatihah dan Noor Syakira
Umur         : 17 & 19 Tahun
Ahli           : 2018

 

Latar belakang

 

 Nor Fatihah dan Noor Syakira adalah merupakan dua beradik. Keduanya adalah lepasan SPM & STPM daripada Sekolah Agama Meheliah Kg Geting,Pengkalan Kubor.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sementara mencari peluang pekerjaan,kedua beradik ini mengambil keputusan untuk mengikuti kelas komputer di PEDi  Pengkalan Kubor kerana mengakui mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam menggunakan komputer.Oleh yang demikian, Nor Fatihah & Noor Syakira mendaftar sebagai ahli PEDi dan mengikuti kelas asas komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah hampir 4 minggu mengikuti kursus dan latihan secara intensif,kini kedua beradik ini semakin mahir mengendalikan aplikasi komputer terutamanya MS Word, MS Excell dan MS PowerPoint. Di samping itu, mereka juga telah mempelajari penggunaan aplikasi Emel.

gambar disini

 

celikit.JPG

 

 

Latar belakang

 

Nurul Binti Muhammad merupakan seorang peniaga ais krim baba di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.Perniagaan ais krim ini adalah merupakan perniagaan warisan bapa beliau.Nurul menjalankan perniagaan ini sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nurul tidak mempunyai kemahiran komputer dan sangat lemah dalam bidang ICT. Namun, beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari bidang ICT bagi mengembangkan lagi pasaran dan jualan ais krim Baba beliau.  

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti beberapa kelas asas komputer dan Bengkel Usahawan online,kini beliau telah mempunyai akaun media social iaitu Facebook.Nurul membuka akaun Facebook bagi mempromosikan perniagaan ais krim beliau dan juga memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat tempahan secara dalam talian.