1. Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor

 

 

Kawasan Bebas Cukai pengkalan Kubor adalah diwujudkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967. Pemegang lesennya ialah Majlis Daerah Tumpat iaitu mulai 10hb Oktober, 1989.

Jarak perjalanan daripada bandar Kota Bharu adalah sejauh kira-kira 25 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer dari bandar Tumpat. Ia bersempadan dengan Thailand, iaitu pekan Takbai,Narathiwat.Daripada pekan Takbai,jaraknya adalah lebih kurang 2 kilometer dengan jalan pengangkutan air seperti Feri dan bot.

Kawasan Bebas cukai ini adalah dilingkungi oleh dua lapisan pagar keselamatan yang dibina khas. Bagaimanapun oleh kerana kawasan asal yang dirancangkan adalah kecil sahaja, maka jarak antara dua lapisan pagar ini telah dipersetujui 5 kaki sahaja. Jarak ini terus dipakai walaupun kemudiannya kawasan ini telah diluaskan untuk meliputi kawasan sekarang.

Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor adalah istimewa dan berlainan dari yang terdapat di tempat lain. Di dalamnya, selain dari bangunan bangunan kedai, terdapat juga rumah rumah kediaman. Ianya dilengkapkan dengan pondok pondok kawalan, pintu pintu serta laluan keluar masuk.

 

2. Pantai Sri Tujuh

Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api . Banyak teksi dan kereta sewa di stesen kereta api untuk pergi ke pantai.

Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh. Ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf . Pengunjung akan makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan mereka yang menunggang bot ski. Bot nelayan kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.

Selain itu terdapat surau dua tingkat yang agak besar di sini. Pada hujung minggu, ada di antara pengunjung mendirikan khemah sambil memancing ikan.

 

3. Muzium Wau Kelantan di Pantai Sri Tujuh