NAMA: TENGKU NUR AZLIEYA BINTI ENGKU BUSU

UMUR: 26 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2018

Latar belakang

Tengku Nur Azlieya adalah merupakan pelajar lepasan Ijazah daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan berasal daripada Kg.Tujoh Neting ,Pengkalan Kubor. Sementara menunggu Majlis Graduasi dan mendapat pekerjaan,Tengku Nur Azlieya mengambil peluang untuk belajar kelas komputer di PEDi Pengkalan Kubor bagi menambah kemahiran penggunaan komputer. Beliau akui mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam menggunakan komputer dan kurang pendedahan tentang penggunaan Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Tengku Nur Azlieya kurang mahir dalam mengendalikan aplikasi MS Office dan juga penggunaan Internet. Ketika masih menuntut di IPTA,beliau memang sukar untuk membuat tugasan yang melibatkan literasi komputer. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus komputer sementara ada masa yang terluang

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kursus komputer selama lebih kurang 2 bulan, kini Tengku Nur Azlieya semakin mahir menggunakan aplikasi MS Office Word dan MS Office Excell. Pada masa yang sama, beliau juga turut mengikuti kelas Asas Keusahawan yang dianjurkan oleh PEDi Pengkalan Kubor bagi membuka peluang dalam perniagaan atas talian.

.