NAMA: NURUL AZWANI BINTI ABDULLAH

UMUR: 30 TAHUN

AHLI PEDi  PENGKALAN KUBOR: 2019

Latar belakang

Nurul Azwani adalah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada 2 orang anak. Beliau berasal dari Kg.Geting, Pengkalan Kubor. Mula menjalankan perniagaan secara dalam talian pada awal tahun 2019 dan menggunakan medium laman web sosial Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nurul Azwani pada asalnya tiada kemahiran asas komputer dan kurang mahir menggunakan Internet.Beliau hanya menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai medium untuk memulakan perniagaan secara sambilan sebagai dropship produk tertentu. Namun, setelah mendapat pendedahan tentang peluang yang baik dalam menjana pendapatan secara dalam talian, beliau mengambil inisiatif untuk mengikuti kursus keusahawanan  dan mengikuti kursus komputer di PEDi Pengkalan Kubor.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nurul Azwani telah mula mengikuti kelas komputer dan kursus keusahawanan yang diadakan di PEDi sejak bulan April 2019. Dalam tempoh 2 bulan,beliau berjaya menamatkan modul yang dipelajari dan terus mengaplikasikan teknik pemasaran yang telah dipelajari. Kini,beliau telah mahir membuat pengiklanan di media sosial Facebok dan Instagram. Jika sebelum ini pendapatan yang diperoleh oleh Nurul Azwani hanyalah sekitar dari  RM50-RM100 sebulan. Tapi kini beliau mampu meriah pendapatan dari RM200-RM400 sebulan.