NAMA: NOORBAITEE BINTI PARIT

UMUR: 28 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2019

Latar belakang

NOORBAITEE BINTI PARIT adalah merupakan seorang peniaga baru dalam dunia online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum ini tidak pernah tahu dan diberitahu tentang keberkesanan jualan atas talian. Namun, beliau mula sedar akan kepentingan jalur lebar bila ada salah seorang jiran beliau memberitahu beliau tentang keuntungan yang berlipat kali ganda selepas membuat pengiklanan melalui jalur lebar. Oleh yang demikian, beliau mulai sedar dan bersemangat untuk mencuba membuat promosi dan pengiklanan secara atas talian secara tidak serius sebagai langkah permulaan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau bermula dengan melibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan dan program e-Rezeki di PEDi Pengkalan Kubor ini pada bulan Mac 2019 dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di PEDi Pengkalan Kubor,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Dengan Asas yang diberikan kepada beliau, beliau memulakan dengan mendaftar di Facebook dan Instagram. Jika dulu pendapatan bulanan hanya kurang dari RM 500 tapi kini beliau mampu menjangkau jualan hingga RM 1000-1500 sebulan.

NAMA: GAYAH BT SULONG 

UMUR: 45 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2019

Latar belakang

Gayah Bt Sulong adalah merupakan usahawan yang telah dipilih oleh pihak Jabtan Kebajikan Daerah Tumpat dan berasal daripada Kg.Sungai Pinang untuk mengikuti Latihan ICT di PEDi Pengkalan Kubor bagi menambah kemahiran penggunaan komputer. Puan Gayah adalah usahawan di bawah seliaan JKM Tumpat. Beliau akui tidak pandai menggunakan komputer pun dan mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam menggunakan komputer dan kurang pendedahan tentang penggunaan Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Puan Gayah sememangnya tiada langsung pendedahan berkaitan latihan ICT. Ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya beliau mempunyai kekangan masa dan juga tiada kemudahan untuk mengikuti latihan. Disamping itu, beliau juga segan mengikuti latihan adalah disebabkan faktor usia. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kursus ICT yang dijalankan di PEDi Pengkalan Kubor, beliau sangat teruja dan bersemangat untuk mengikuti kelas yang seterusnya. Ini kerana peserta telah mahir menggunakan aplikasi Email dan juga Facebook. Beliau juga diajar untuk mempromosikan barang dagangan perniagaan yang dijalankan beliau secara atas talian. 

NAMA: HAFIDZAN BAKERI

UMUR: 27 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2018

Latar belakang

Murupakan anak ke 3 dari 7 orang adik beradik, telah kematian bapa 2 tahun lepas dan kini tinggal bersama ibunya yang menghidapi sakit kencing manis. Memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual pelbagai jenis biskut, popia gulung, ketupat daun palas, tapai dan cocolicious crispy melt.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kurang mahir melayari internet dan berniaga secara atas talian. Mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajarinya. Beliau sedar akan kepentingan It dan memberanikan diri mendaftarkan diri ke PEDi Pengkalan Kubor. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau bermula dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan dan program e-Rezeki di PEDi Pengkalan Kubor. Dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di PEDi Pengkalan Kubor, beliau berjaya mempunyai Facebook, Instagram, dan Blog sebagai satu cara untuk beliau mendapat pendapatan yang lebih berbanding dahulu. Jika dulu pendapatan bulanan hanya kurang dari RM 500 tapi kini beliau mampu mengjangkau jualan hingga RM 1000-1500 sebulan. 

NAMA: TENGKU NUR AZLIEYA BINTI ENGKU BUSU

UMUR: 26 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2018

Latar belakang

Tengku Nur Azlieya adalah merupakan pelajar lepasan Ijazah daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan berasal daripada Kg.Tujoh Neting ,Pengkalan Kubor. Sementara menunggu Majlis Graduasi dan mendapat pekerjaan,Tengku Nur Azlieya mengambil peluang untuk belajar kelas komputer di PEDi Pengkalan Kubor bagi menambah kemahiran penggunaan komputer. Beliau akui mempunyai kemahiran yang sangat lemah dalam menggunakan komputer dan kurang pendedahan tentang penggunaan Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Tengku Nur Azlieya kurang mahir dalam mengendalikan aplikasi MS Office dan juga penggunaan Internet. Ketika masih menuntut di IPTA,beliau memang sukar untuk membuat tugasan yang melibatkan literasi komputer. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mengikuti kursus komputer sementara ada masa yang terluang

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kursus komputer selama lebih kurang 2 bulan, kini Tengku Nur Azlieya semakin mahir menggunakan aplikasi MS Office Word dan MS Office Excell. Pada masa yang sama, beliau juga turut mengikuti kelas Asas Keusahawan yang dianjurkan oleh PEDi Pengkalan Kubor bagi membuka peluang dalam perniagaan atas talian.

.

NAMA: IEYDA FIEYDA FAUZI

UMUR: 38 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2017

Latar belakang

Ieyda Fieyda Fauzi adalah merupakan ibu kepda 3 orang cahaya mata, berbekalkan kudrat suami yang tidak seberapa membangkitkan semangat beliau untuk berkecimpung dalam perniagaan berasakan makanan basah. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum ini tidak pernah tahu dan diberitahu tentang keberkesanan jualan atas talian. Namun, beliau mula sedar akan kepentingan jalur lebar bila ada salah seorang jiran beliau memberitahu beliau tentang keuntungan yang berlipat kali ganda selepas membuat pengiklanan melalui jalur lebar. Oleh yang demikian beliau mulai sedar dan bersemangat untuk mencuba membuat promosi dan pengiklanan secara atas talian secara tidak serius bebagai satu permulaannya. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau bermula dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan dan program e-Rezeki di PEDi Pengkalan Kubor ini pada bulan Oktober 2018 tahun lalu dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di PEDi Pengkalan Kubor,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Dengan Asas yang diberikan kepada beliau, beliau memulakan dengan mendaftar di Facebook dan Instagram. Jika dulu pendapatan bulanan hanya kurang dari RM 500 tapi kini beliau mampu mengjangkau jualan hingga RM 1000-1500 sebulan.