KG JUBAKAR PANTAI,TUMPAT

Jambatan bijih besi terletak berhampiran pantai di Kampung Jubakar dalam Jajahan Tumpat Kelantan. Jambatan ini dibina oleh pihak British sejak zaman sebelum perang.Tujuannya adalah bagi memudahkan kerja-kerja pemunggahan bijih besi dari darat ke kapal pengangkut. Bijih besi ini diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Oriental Mining Co. di kawasan Bukit Besi Temangan Kelantan. Di sini bijih besi diangkut dengan menggunakan keretapi ke Pelabuhan Tumpat. Bijih besi tersebut akan dimasukkan ke dalam satu bekas khas di mana ianya akan diangkut pula ke kapal melalui jeti yang dibina . Dari kapal kecil ini bijih besi tersebut akan dibawa ke kapal induk untuk dieksport ke negara Jepun. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945 pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun dan lombong di suatu kawasan yang sekarang ini terdirinya Sekolah Kebangsaan Temangan. Selepas Peperangan Dunia Kedua pengeluaran bijih besi masih diteruskan dilakukan oleh syarikat yang sama tetapi kini ianya di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 di mana operasinya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan. Sejak itu Jambatan Bijih ini telah tidak berfungsi lagi dan dibiarkan tidak terurus. Kini yang tinggal hanyalah kesan runtuhan yang menjadi bukti sejarah.

 

Imej mungkin mengandungi: luaran

RUAMH API BELAKANG STESEN KERETAPI TUMPAT

Rumah api ini telah dibina oleh pihak berkuasa pelabuhan (Syahbandar) sekitar tahun 1900. Ia dibina kerana Tumpat merupakan sebuah bandar pelabuhan yang masyhur ketika itu kerana mempunyai kawasan perairan yang strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya di waktu malam.

Menurut kenyataan penduduk di kawasan tersebut, rumah api ini dibina sebelum Perang Dunia II oleh pasukan marin bagi mengawasi perairan Tumpat. Semasa Perang Dunia II (1941-1945) tentera Jepun telah mengambil alih pentadbiran rumah api ini dan menggunakannya untuk mengawasi kawasan perairan dari ancaman musuh dan sebagai isyarat kepada kapal-kapal tenteranya membuat rondaan di laut.

Imej mungkin mengandungi: langit dan luaran   Imej mungkin mengandungi: luaran  Imej mungkin mengandungi: langit dan luaran

 

 

ASAL USUL NAMA KELANTAN

 

Mungkin kita semua tertanya-tanya dari manakah asalnya nama negeri Kelantan? Sebenarnya, nama Kelantan dikatakan berasal daripada pokok gelam hutan ataupun nama lain bagi pokok itu ialah Melaleuca leucadendron. Selain itu, ada juga teori lain mengatakan nama Kelantan berasal daripada perkataan Melayu iaitu kilatan serta kolam tanah. Sejarah awal negeri ini mempunyai hubungan dengan Kerajaan Funan Kingdom, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Sejarah China menunjukkan kewujudan hubungan perdagangan dengan Kelantan yang dikenali sebagai "Ho-Lo-Tan". Dari sinilah wujudnya nama kelantan yang juga dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang.

 

SEJARAH PENGKALAN KUBOR

 

Pengkalan Kubor merupakan sebuah bandar kecil di daerah Tumpat, Kelantan. Pengkalan Kubor merupakan pintu masuk ke negara ini dari Thailand. Hal ini kerana Pengkalan Kubor  terletak di sempadan Thailand. Oleh kerana kedudukannya berdekatan sungai Geting yang bersambung terus ke Laut China Selatan, aktiviti di sungai menjadi aktiviti utama penduduk setempat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menjala ikan-ikan sungai. Ada juga yang menggunakan perahu dan bot kecil untuk menangkap ikan. Oleh itu, perahu dan bot kecil nelayan  disimpan di jeti ataupun pengkalan. Menurut orang-orang zaman dahulu, dari situlah nama "pengkalan" diperoleh.

 

Pengkalan ataupun jeti amat penting bagi aktiviti ekonomi penduduk di sini pada waktu dahulu. Di sini jugalah, segala hasil tangkapan di sungai dijual. Sesudah pulang dari menangkap ikan, nelayan terus menjual hasil tangkapan mereka di sini. Selain itu, di sini terdapat kawasan perkuburan lama yang luas dan besar. Maka, nama tempat ini diberi nama "Pengkalan Kubor"

 

SUMBER: http://www.tourism.gov.my/