NAMA: CHE NURLYANA BINTI CHE YUSOF

UMUR: 27 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2018

Latar belakang

Che Nurlyana berusia 27 tahun dan bekerja sebagai guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Berangan,Tumpat. Beliau telah menjadi ahli PEDi Pengkalan Kubor sejak tahun 2018 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Che Nurlyana kurang menguasai kemahiran komputer dan hanya menggunakan komputer untuk melayari Internet seperti enjin carian dan media sosial. Beliau jarang menggunakan komputer menggunakan Microsoft Office Word dan juga aplikasi lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kursus ICT yang dijalankan di PEDi Pengkalan Kubor,Che Nurlyana sangat teruja dan bersemangat untuk mengikuti kelas yang seterusnya.Ini kerana beliau semakin mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Office Word dan sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam tugas kerja beliau di sekolah.