NAMA: AINNUR HAMSANI

UMUR: 25 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2019

Latar belakang

Puan Ainu Hamsani pada mulanya hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Masih buntu dan terkial-kial dalam mencari rezeki beliau mencuba dengan berniaga atas talian yang mana perniagaan atas talian adalah cara yang sangat berkesan dan cepat menarik para penggemar kepada produk yang beliau pasarkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum ini tiada kemahiran dalam menggunakan komputer. Aplikasi yang wajib beliau guna adalah WhatsApp sahaja. Beliau terdetik untuk mengubah cara hidup beliau dengan menyertai kelas keusahawanan bagi mencebok serta mencari peluang yang sedia ada bagi memperkemas semula perniagaan beliau. Setelah mendapat pendedahan tentang peluang yang baik dalam menjana pendapatan secara dalam talian, beliau mengambil inisiatif untuk mengikuti kursus keusahawanan  dan mengikuti kursus komputer di PEDi Pengkalan Kubor.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau dengan jayanya telah mengikuti kursus Latihan Keusahawanan dan kelas pemasaran online dalam beberapa minggu di PEDi Pengkalan Kubor dan beliau berjaya menamatkan kursus dalam tempoh yang cukup baik. Beliau memilih Shopee, Instagram dan Facebook sebagai platform media sosial beliau bagi memasarkan produk beliau.