LOKASI

Pengkalan Kubor ialah sebuah bandar di sempadan Malaysia-Thailand di utara negeri Kelantan. Pengkalan Kubor  terletak di parlimen Tumpat iaitu di sebelah barat bandar Tumpat. Daerah Tumpat merupakan satu daripada sepuluh daerah di Kelantan. Pengkalan Kubor bersempadan dengan bandar Tumpat di sebelah timur, Laut China Selatan di utara, di sebelah selatan ialah Jalan Besar dan di sebelah barat ialah Sungai Golok, Thailand.

PEDi Pengkalan Kubor  terletak di Mukim Geting yang berkeluasan 4.6km persegi, tengah-tengah laluan utama dari Tumpat ke Pengkalan Kubor. 

Peta Lokasi Pengkalan Kubor

 

 

BENTUK MUKA BUMI

Bentuk muka buminya rendah mendatar dan di sebelah utara ialah pesisir pantai Laut China Selatan. Penanaman padi dan tanaman tembakau amat sesuai dijalankan kerana keadaan tanahnya yang rendah dan luas. Kawasan Mukim Bendang Pak Yong, Mukim Simpangan dan kawasan sekitarnya yang terletak di sebelah selatan berkeadaan tanah yang agak rendah. Kawasan ini sentiasa ditenggelami air ketika musim tengkujuh.

Luas kawasan Pengkalan Kubor ialah lebih kurang 25.9kmpersegi, yang mempunyai empat mukim tanah, lapan mukim penghulu, dan 49 buah kampung yang berada di bawah Pengkalan Kubor. Keluasan mukim-mukim seperti berikut:

 

MUKIM

 KELUASAN (KM PERSEGI)

 Ketil

 0.8

 Geting

 4.6

 Simpangan

 17.9

 Kuala Tabal

 2.6

 JUMLAH

 25.9

DEMOGRAFI

Populasi penduduk di Mukim Geting:

 POPULASI PENDUDUK

 BILANGAN ORANG 

 Lelaki

 10,079

 Perempuan

 11,935

 JUMLAH

 22,014

Terdapat juga warga Thailand yang menetap dan bekerja di sini iaitu sebanyak 7.2% dan ada antara mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan. Majoriti penduduk di sini ialah kaum Melayu iaitu 92.3%, hanya 5% sahaja kaum Cina.

Populasi penduduk mengikut umur:

KUMPULAN

 UMUR (TAHUN)

PERATUSAN (%)

 Warga Emas

 >58

 9.6

 Dewasa

 41-58

 25.2

 Belia

 18-40

 41.8

 Remaja

 12-17

 10.9

 Kanak-kanak

 <12

 22.5

Majoriti penduduk di Pengkalan Kubor ialah golongan belia iaitu sekitar umur 18 tahun hingga 40 tahun. Golongan dewasa juga ramai yang menetap di sini, diikuti kanak-kanak yang berusia kurang dari 12 tahun. Setiap tahun, bilangan bayi yang baru dilahirkan meningkat menjadikan 22.5% penduduk tempatan ialah kanak-kanak. Sebilangan kecil sahaja golongan warga emas di kawasan ini.

Pendapatan seisi rumah penduduk:

 KUMPULAN PENDAPATAN

 PERATUSAN (%)

 <RM750

 52

 RM751-RM1,500

 35

 RM1,501-RM3,000

 10

 >RM3,001

  3 

Pekerjaan utama penduduk di Pengkalan Kubor ialah petani yang mengusahakan penanaman padi, tembakau dan sayur-sayuran. Ada juga yang menjadi buruh binaan, nelayan, pekerja kilang dan ramai yang menjadi peniaga-peniaga kecil, pengusaha bengkel, pengusaha laut dalam dan juga sebagai kakitangan kerajaan.

NAMA-NAMA KAMPUNG DALAM KAWASAN PENGKALAN KUBOR

 BIL

 NAMA MUKIM PENGHULU

 NAMA KAMPUNG

JUMLAH PENDUDUK

 1.

 Tanjong

  1. Kg. Pengkalan Kubor
  2. Kg. Kebun
  3. Kg. Tanjong
  4. Kg. Serkong
  5. Kg. Kok Pauh
  6. Kg. Pulau Ular
  7. Kg. Pulau Tengkorak
  8. Kg. Mentua

 4,348 orang

 2.

 Ketil

  1. Kg. Ketil
  2. Kg. Telaga Lanas

 3,756 orang

 3.

 Tebing

  1. Kg. Pondok Hj. Nik Mat
  2. Kg Surau
  3. Kg Tebing
  4. Kg. Pondok Haji Daud
  5. Kg. Pondok Hj. Abllah
  6. Kg. Pulau Ubi

 3,623 orang

 4.

 Geting

  1. Kg. Kedai Geting
  2. Kg. Neting
  3. Kg. Chabang  3 Geting
  4. Kg. Pondok Hj. Ahmad
  5. Kg. Kual Lama
  6. Kg. Kual Baru
  7. Kg. Banjir
  8. Kg. Pantai Geting
  9. Kg. Raja
  10. Kg. Tengah Geting
  11. Kg. Pondok Hj. Hussin
  12. Kg. Pulai Seratus

 5,311 orang

 5.

 Simpangan

  1. Kg. Simpangan Masjid
  2. Kg. Simpangan
  3. Kg. Atas Kok
  4. Kg. Tualang
  5. Kg. Sungai Gali

 1,293 orang

 6.

 Jejulok

  1. Kg. Jejulok Tok Imam Him
  2. Kg. Jejulok Hj Senik

 495 orang

 7.

 Jubakar Darat

  1. Kg. Kubang Bemban
  2. Kg. Jubakar Darat

 828 orang

 8.

 Bendang Pak Yong

  1. Kg. Kajang Sebidang
  2. Kg. Kubang Sawa
  3. Kg. Naga Ibu
  4. Kg. Kuala Pisau Raut
  5. Kg. Surau
  6. Kg. Bendang Pak Yong
  7. Kg. Kok Beluru
  8. Kg. Kok Tok Leh
  9. Kg. Atas Kok
  10. Kg. Pohon Nibong
  11. Kg. Pengkalan Jenereh
  12. Kg. Derdap

 2,306 orang

 

SUMBER: PENGHULU MUKIM GETING, KETUA KAMPUNG DAN JKKK

 

YB Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat

 

 270741731 3140165976217748 1418192930362495534 n 211x300

 

Nama Sebenar : Wan Roslan Bin Wan Hamat
Tempat Lahir : Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim
Pendidikan

: Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Pentadbiran)

Parti : PAS
Jawatan : Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (memegang portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi)
ADUN : Pengkalan Kubor (N01)