NAMA: HAFIDZAN BAKERI

UMUR: 27 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2018

Latar belakang

Murupakan anak ke 3 dari 7 orang adik beradik, telah kematian bapa 2 tahun lepas dan kini tinggal bersama ibunya yang menghidapi sakit kencing manis. Memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual pelbagai jenis biskut, popia gulung, ketupat daun palas, tapai dan cocolicious crispy melt.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kurang mahir melayari internet dan berniaga secara atas talian. Mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajarinya. Beliau sedar akan kepentingan It dan memberanikan diri mendaftarkan diri ke PEDi Pengkalan Kubor. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau bermula dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan dan program e-Rezeki di PEDi Pengkalan Kubor. Dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di PEDi Pengkalan Kubor, beliau berjaya mempunyai Facebook, Instagram, dan Blog sebagai satu cara untuk beliau mendapat pendapatan yang lebih berbanding dahulu. Jika dulu pendapatan bulanan hanya kurang dari RM 500 tapi kini beliau mampu mengjangkau jualan hingga RM 1000-1500 sebulan.