NAMA: Siti Amira Salwani

UMUR: 35 Tahun

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2019

Latar belakang

Puan Amira pada asalnya menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan. Namun,perniagaan beliau mengalami masalah dan terpaksa tutup. Oleh yang demikian,beliau bercadang untuk menjalan perniagaan secara dalam talian bagi mengurangkan pengeluaran modal yang tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini,beliau tidak mempunyai kemahiran komputer dan hanya menggunakan aplikasi Whatapps sebagai medium komunikasi.Namun,bagi mengubah cara hidup,beliau mencari peluang untuk belajar kelas keusahawanan bagi memulakan pernigaan secara dalam talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Amira telah mengikuti kursus Latihan Keusahawanan dan kelas pemasaran online selama beberapa minggu di PEDi Pengkalan Kubor.Beliau telah berjaya menghabiskan kursus dalam tempoh yang singkat. Kini,beliau telah mahir menggunakan platform media sosial Facebook sebagai teknik pemasaran perniagaan beliau.