Nama: Suziani Binti Azmi

Umur: 42 Tahun

Ahli PEDi Pengkalan Kubor: 2019

Latar belakang

Suziani asalnya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada 4 orang anak. Bagi membantu suaminya menambah pendapatan keluarga,beliau membuat keputusan untuk belajar kelas membuat kek dan aneka kuih di salah sebuah kedai bakeri yang berdekatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini, Suziani tidak pernah terlibat dalam mana-mana perniagaan dalam talian.Namun,beliau mengambil langkah berani untuk mencuba membuat promosi secara dalam talian bagi jualan kek dan aneka kuih beliau dalam facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Suziani Azmi memulakan dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan dan program e-Rezeki di PEDi Pengkalan Kubor ini pada bulan November 2018 tahun lalu dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di PEDi Pengkalan Kubor,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Suziani Azmi lebih menyukai platform Facebook sebagai pilihan beliau untuk menjual perniagaannya kepada umum dan masyarakat setempat. Dengan berbekalkan modal sebanyak RM 300-400, beliau memulakan tapak perniagaan beliau di laman sesawang. Beliau katanya begitu teruja untuk bergiat secara aktif dalam dunia jualan dan pemasaran online. Tidak diragui pada permulaan perniagaan beliau, beliau perlu lebih aktif dalam mempromosikan barangan jualan beliau kerana beliau masih baru dalam dunia jualan online ini. Namun, beberapa bulan selepas itu, beliau mampu untuk meraih keuntungan dua kali ganda setelah mengaplikasikan jualan di talian. Beliau sangat teruja dan berazam untuk mempertingkatkan lagi usaha bagi meraih pendapatan yang lebih banyak.