Nama       : Nor Anis Ayuni
Umur         : 28 Tahun
Ahli           : 2017

 

Latar belakang

Nor Anis Ayuni baru berusia 28 tahun dan merupakan ibu kepada 3 orang anak.Beliau bekerja sebagai seorang guru tadika di salah sebuah tadika swasta di Pengkalan Kubor. Pada masa yang sama,beliau juga turut menjalankan perniagaan  sambilan bagi menambah pendapatan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Nor Anis Ayuni pernah menjalankan perniagaan dalam talian. Namun, jumlah hasil jualan yang diperoleh kurang memberangsangkan.Oleh yang demikian, beliau cuba mencari dan mengkaji cara yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi hasil jualan beliau dalam talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nor Anis Ayuni telah mengikuti kursus Latihan Keusahawanan dan teknik pemasaran online di PEDi Pengkalan Kubor bermula pada bulan Jun 2018.Beliau memilih platform Facebook untuk mempromosikan produk beliau dalam talian. Kini, hasil jualan Nor Anis meningkat sebanyak 30% berbanding sebelumnya.

usahawan.JPG