NAMA: IEYDA FIEYDA FAUZI

UMUR: 38 TAHUN

AHLI PEDi PENGKALAN KUBOR: 2017

Latar belakang

Ieyda Fieyda Fauzi adalah merupakan ibu kepda 3 orang cahaya mata, berbekalkan kudrat suami yang tidak seberapa membangkitkan semangat beliau untuk berkecimpung dalam perniagaan berasakan makanan basah. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum ini tidak pernah tahu dan diberitahu tentang keberkesanan jualan atas talian. Namun, beliau mula sedar akan kepentingan jalur lebar bila ada salah seorang jiran beliau memberitahu beliau tentang keuntungan yang berlipat kali ganda selepas membuat pengiklanan melalui jalur lebar. Oleh yang demikian beliau mulai sedar dan bersemangat untuk mencuba membuat promosi dan pengiklanan secara atas talian secara tidak serius bebagai satu permulaannya. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau bermula dengan menglibatkan diri mengikuti kursus dan Latihan Keusahawanan dan program e-Rezeki di PEDi Pengkalan Kubor ini pada bulan Oktober 2018 tahun lalu dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di PEDi Pengkalan Kubor,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Dengan Asas yang diberikan kepada beliau, beliau memulakan dengan mendaftar di Facebook dan Instagram. Jika dulu pendapatan bulanan hanya kurang dari RM 500 tapi kini beliau mampu mengjangkau jualan hingga RM 1000-1500 sebulan.