Tarikh     : 4,5, 8 & 9 September 2020

Masa      : 9.30 Pagi - 12.30 tengahari

Lokasi    : PEDi Pengkalan Kubor

Peserta:  : 28 orang

 

Tujuan

Kelas penyuntingan poster ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai aplikasi-aplikasi yang sering digunakan dalam mencipta Poster/ Banner / Banting secara online dan menarik. Selain itu, tujuan kelas ini dibuat juga untuk menggalakkan dan membantu para pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur antara 7 hingga 17 tahun untuk mengikuti pertandingan poster digital yang dianjurkan oleh Pusat Internet dengan tema "Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital". Para pelajar yang mahir boleh menggunakan kebolehan mereka dalam mencipta poster sendiri dalam program yang dianjurkan oleh sekolah kelak.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan dan bimbingan cara-cara membuat poster di pautan www.canva.com.my dengan bantuan petugas pusat internet. Selain dari aplikasi Canva, peserta turut diajar membuat poster dengan menggunakan Microsoft Office Publisher. Harapan agar semua peserta mempunyai  peningkatan kemahiran dan minat dalam penghasilan poster digital. Ia secara tidak langsung menjadi nilai tambah kepada asas kerjaya peserta kelak dan terus menjadikan pusat internet sebagai platform pembelajaran e learning komuniti.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh     : 29 Ogos 2020 (Sabtu)
Masa      : 3.30- 6.00 Petang
Tempat  : PEDi Pengkalan Kubor
 
 
 
 
 
Pada 29 Ogos yang lalu, PEDi Pengkalan Kubor telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan video kraftangan sempena bulan kemerdekaan bagi tahun 2020. Pertandingan ini telah disertai seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada golongan suri rumah dan juga pelajar sekolah. Para peserta masing-masing berjaya menghasilkan kraftangan merdeka dengan menggunakan barangan terpakai mengikut kreativiti tersendiri. Pihak PEDi Pengkalan Kubor merakamkan ucapan terima kasih kepada peserta yang menyertai pertandingan ini. Pemenang telah mendapat hadiah yang disampaikan oleh wakil komuniti yang merupakan penghulu Pengkalan Kubor iaitu Puan Melah Binti Ghani. Majlis penyampaian hadiah ini turut diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang serta acara memotong kek bendera Malaysia.
 
 
 
 

Tarikh       : 13 Ogos 2020

Masa       : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

Tujuan

        • Memberi penekanan dan pendedahan serta memperincikan kepada pelajar tentang kelas enjin carian menggunakan internet. Ianya bertujuan memudahkan pelajar dalam menggunakan internet bagi mencari maklumat yang mereka hendaki. 


    • Aktiviti

      • Melibatkan pelajar tahap 1 sekolah rendah lelaki dan perempuan iaitu antara pelajar yang berumur 10 - 12 tahun. Pelajar di berikan satu taklimat ringkas tentang enjin carian terlebih dahulu bagi memudahkan mereka mengaplikasi dan mengekses internet. dan mempastikan komputer dalam keadaan baik. Selain itu juga pelajar diberi taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak.

    • Gambar Disini

Tarikh     : 14 Ogos 2020

Masa       : 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi     :  PEDi  Pengkalan Kubor 

Kelas asas keusahawan adalah kelas yang diberikan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia online. Mereka diajar secara satu persatu bermula dengan modul latihan asas. Melibatkan para peniaga online dalam lingkungan umur 18-30 an. 

Kelas ini adalah bertujuan untuk menjadikan mereka yang berniaga online lebih mahir dalam berurus niaga secara atas talian. Melihat kepada kesungguhan yang ditunjukkan mereka diharapkan dapat melahirkan lebih ramau lagi ushawan online.  

Gambar Disini

Tarikh     : 6 Ogos 2020

Masa       : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

Tujuan

        • Memberi pendedahan dan membuka ruang kepada pelajar untuk belajar. Disamping menyampaikan pengetahuan am/umum kepada pelajar tentang beberapa asas dan teknik-teknik penggunaan komputer.

    • Aktiviti

      • Melibatkan pelajar tahap 1 sekolah rendah iaitu antara darjah 4-6 sekolah rendah. Pelajar di berikan gambaran awal apa itu komputer dan bagaimana cara mengendalikan komputer dengan baik dan mempastikan komputer dalam keadaan baik.  Selain itu juga pelajar diberi taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak.

    • Gambar Disini