Tarikh     : 29 Ogos 2020 (Sabtu)
Masa      : 3.30- 6.00 Petang
Tempat  : PEDi Pengkalan Kubor
 
 
 
 
 
Pada 29 Ogos yang lalu, PEDi Pengkalan Kubor telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan video kraftangan sempena bulan kemerdekaan bagi tahun 2020. Pertandingan ini telah disertai seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada golongan suri rumah dan juga pelajar sekolah. Para peserta masing-masing berjaya menghasilkan kraftangan merdeka dengan menggunakan barangan terpakai mengikut kreativiti tersendiri. Pihak PEDi Pengkalan Kubor merakamkan ucapan terima kasih kepada peserta yang menyertai pertandingan ini. Pemenang telah mendapat hadiah yang disampaikan oleh wakil komuniti yang merupakan penghulu Pengkalan Kubor iaitu Puan Melah Binti Ghani. Majlis penyampaian hadiah ini turut diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang serta acara memotong kek bendera Malaysia.