Tarikh     : 20 Disember 2019

Masa       : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

Tujuan

Memberi pendedahan tentang asas penggunaan komputer dan bagaimana untuk menjadi pengguna yang bijak. Dan menjadi pengguna yang bijak. 


    • Aktiviti

      • Melibatkan kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Mereka dilatih dan diberikan latihan tentang cara menggunakan komputer (klik dengan bijak) dengan berhemah dan bijak dengan mengaplikasikan "Klik Dengan Bijak". Selain itu juga mereka diberi taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak. 

Tarikh     : 9 Disember 2019

Masa       : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi     : Perkarangan PEDi Pengkalan Kubor

 

Pertandingan ini melibatkan pelajar sekolah rendah kebangsaan yang berumur antara 8-12 tahun. Pertadingan ini adalah bertujuan menguji fokus mereka dalam mencari huruf. Sekiranya telah siap mencari perkataan yang pihak penganjur inginkan maka mereka akan disemak dan dinilai serta diadili. Sekiranya semua yang dijawab adalah tepat maka, dialah yang akan dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan terbabit. 

 

Gambar Disini

Tarikh     : 9 Disember 2019

Masa       : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi     : Perkarangan Pusat Internet Pengkalan Kubor

 

Pertandingan ini melibatkan orang dewasa yang berumur lingkungan 20-35 Tahun. Pertandingan ini adalah bertujuan melihat fokus peserta dalam mengupas bawang putih seberat 250 gram yang diberikan oleh pihak penganjur. Selain itu juga, para peserta dinilai melalui kecepatan masa yang mereka boleh siapkan dalam mengupas bawang. Peserta pertama yang menghabiskan misi adalah pemenang bagi pertandingan ini. 

 

Gambar Disini

Tarikh     : 9 Disember 2019

Masa       : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi     : Perkarangan PEDi Pengkalan Kubor

 

Taklimat Kesihatan telah disampaikan oleh Dr Rossuzaiynie Bt Md Razi @ Md Raji merupakan Dr klinik kesihatan Klinik Neting. Sesi taklimat tersebut adalah berkisar tentang Peka B40 dan TIBI. Turut berasama pada taklimat Hari Terbuka Adalah Pn Asma' Bt Mat Salleh yang merupakan Penolong Pegawai Majlis Agama Dan Istiadat Kelantan (MAIK). Topik yang beliau bawakan adalah tentang 'zakat'. Pengunjung sangat teruja dan peka dalam mendengar kedua-dua taklimat yang diberikan. Disamping itu, sesi soal jawab dan hadiah cenderahati turut diberikan kepada pengunjung.

 

Gambar Disini

Tarikh     : 9 Disember 2019

Masa       : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi     : Perkarangan PEDi Pengkalan Kubor

 

Pertandingan Gubahan Mini Bouquet melibatkan kategori wanita yang berumur antara 20-55 tahun. Mereka dibekalkan beberapa alatan dan barangan. Mereka dikehendaki menyiapkan dan mempersembahkan hasil gubahan mereka setelah 30 minit masa yang diberikan. Sepanjang berlangsungnya pertandingan gubahan, pengunjung boleh melihat sendiri sejauh mana bakat yang tersedia ada peserta dicungkil dan dipersembahkan, ditonjolkan melalui hasil gubahan tersebut. Setelah itu, para peserta dijurikan dengan beberapa kriteria yang dikehendaki oleh 2 orang juri bidang terjun yang dipilih secara rawak yang mewakili agensi dan personal IKS.

 

Gambar Disini