Tarikh     : 9 Disember 2019

Masa       : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi     : Perkarangan PEDi Pengkalan Kubor

 

Bersama-sama dengan kita dalam "Hari Bersama Komuniti" adalah dari beberapa buah agensi yang dijemput khas bagi memeriahkan lagi kehangatan sambutan HBK kali ini. Ini adalah satu inisiatif penganjur adalah tidak lain dan tidak bukan bagi memberi gambaran jelas kepada komuniti tentang agensi-agensi yang terbabit, selain membabitkan pengunjung untuk turut serta bersama-sama memeriahkan lagi hari terbuka ini.

 

Antara agensi yang terlibat adalah:

1) Yayasan Buah Pinggan Kebangsaan Malaysia (NKF)

2) Kaunter Bergerak: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

3) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

4) Ar-Rahnu YaPEIM 

5) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pengkalan Kubor

6) Klinik Kesihatan Neting, Pengkalan Kubor

7) Perpustakaan Desa

Gambar Disini

 

Tarikh     : 9 Disember 2019

Masa       : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi     : Perkarangan PEDi Pengkalan Kubor 

Lebih kurang jam 8.00 pagi penduduk sekitar mulai memenuhi perkarangan Pusat Internet, menunggu giliran untuk mendaftarkan diri dimana setiap pendaftaran awal 1-50 mendapat hadiah berupa baju T-Shirt Dashboard. Oleh yang demikian, mereka bersemangat untuk datang awal.

 

Kedatangan penduduk melebihi target yang di sasarkan iaitu melebihi 50 % kehadiran. Pihak penganjur sangat berpuas hati dan merasa gembira di atas kehadiran yang begitu memberangsangkan dan membanggakan ini. 

Gambar Disini

Tarikh       : 23 November 2019

Masa       : 9.00 pagi- 11.00 pagi

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi  Pengkalan Kubor

Tujuan

        • Memberi penekanan dan pendedahan serta memperincikan kepada pelajar tentang kelas enjin carian menggunakan internet. Ianya bertujuan memudahkan pelajar dalam menggunakan internet bagi mencari maklumat yang mereka hendaki. 


    • Aktiviti

      • Melibatkan pelajar tahap 1 sekolah rendah lelaki dan perempuan iaitu antara pelajar yang berumur 10 - 12 tahun. Pelajar di berikan satu taklimat ringkas tentang enjin carian terlebih dahulu bagi memudahkan mereka mengaplikasi dan mengekses internet. dan mempastikan komputer dalam keadaan baik. Selain itu juga pelajar diberi taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak.

    • Gambar Disini

Tarikh       : 22 November 2019

Masa       : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

Tujuan

        • Melatih dan memperkasakan ilmu pelajar dalam memudahkan pelajar untuk mengapikasikan apa yang dipelajari. Selain itu ianya bakal memudahkan pelajar untuk cepat dan pantas dalam menaip sesuatu perkara seperti (kerja kursus)


    • Aktiviti

      • Melibatkan pelajar sekolah di peringkat sekolah rendah. Pelajar di berikan arahan dan meminta pelajar memahami pembelajaran mereka, dan pelajar diminta untuk menaip semula dan masa dicatat bagi melihat sejauh mana masa yang seseorang pelajar ambil bagi menyiapkan latihan yang diberikan. Selain itu juga pelajar diberi taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini