Tarikh     : 9 Julai 2020

Masa       : 2.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     : Perkarangan PEDi Pengkalan Kubor 

Kelas asas keusahawan adalah kelas yang diberikan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia online. Mereka diajar secara satu persatu bermula dengan modul latihan asas. Melibatkan para peniaga online dalam lingkungan umur 20an- 30an.

Kelas ini adalah bertujuan untuk menjadikan mereka yang berniaga online lebih mahir dalam berurus niaga secara atas talian. Melihat kepada kesungguhan yang ditunjukkan mereka diharapkan dapat melahirkan lebih ramau lagi ushawan online.  

Gambar Disini

Tarikh     : 22 Februari 2020

Masa       : 8.00 pagi - 4.00 petang 

Lokasi     : Perkarangan Teniat Wau Pantai Geting Tumpat Kelantan 

Pendaftaran Pengunjung Program
- Pameran Agensi-agensi Kerajaan & Swasta
- Jom Baca 10 Minit
- Mewarna Kanak-Kanak tabika KEMAS & PASTI
- Mewarna Tahap 1 & 2
- Mewarna Dewasa
- Sukan Rakyat
- Aktiviti Galakan Membaca – Spontan. 

Persembahan Dikir Barat Oleh Seruling Kasih

Silat Cekak Hanafi dari Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi

Kelantan

Gambar Disini

Tarikh     : 14 Januari 2020

Masa       : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi     : Perkarangan PEDi Pengkalan Kubor 

Melibatkan komuniti yang berusia dalam lingkungan 30an. Mereka dibekalkan dengan bahan-bahan gubahan dan mereka diberi masa lebih kurang 20 minit untuk menyiapkan hiasan bento tersebut. Selepas 20 minit mereka dinilai oleh pihak juri dalam kalangan dr pergigian . Mereka begitu komited dalam menyiapkan hiasan tersebut. Mereka disajikan dengan hadiah yang cukup lumayan. 

 

Gambar Disini

Tarikh     : 9 Disember 2019

Masa       : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi     : Perkarangan Pusat Internet Pengkalan Kubor 

Melibatkan kanak-kanak tadika Al Wahdah seramai 30 orang. Mereka dibekalkan dan diberikan berus gigi dan ubat gigi. Ini adalah merupakan aktiviti untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak dalam menjaga gigi agar dikekalkan kebersihan dan gigi berada dalam keadaan yang baik, suci dan bersih. 

Mereka cukup teruja kerana aktiviti menggosok gigi dilakukan secara beramai-ramai berbanding kebiasaan mereka lakukan sendirian di rumah. 

Gambar Disini

Tarikh : 14 Januari 2020

Masa  : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : PEDi Pengkalan Kubor

Peserta : 129 orang

Tujuan

Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan adalah satu program wajib tahunan. Melibatkan beberapa entiti masyarakat komuniti dan beberapa agensi yang turut sama terlibat dalam menjayakan bersama program ini. Selain ianya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk merapatkan jurang digital masyarakat bersama PEDi serta merapatkan silaturrahim antara Petugas PEDi dengan komuniti setempat.

 

Aktiviti

Banyak aktiviti yang telah diatur bagi mengisi ruang yang ada dalam program ini. Ianya termasuklah, pertandingan bento kreatif, pertandingan mewarna poster, pertandingan seni origami, gosok gigi beramai-ramai, kuiz kahoot serta taklimat berkaitan penjagaan kebersihan gigi kepada pengunjung yang hadir. Selain itu juga, pengunjung turut diserikan dengan persembahan 'pupet' yang dibawa khas oleh dr pergigian. Bagi tidak menghampakan pengunjung yang hadir, mereka turut di hidangkan dengan hadiah yang menarik serta cabutan bertuah. 

 

Gambar Disini