Tarikh     : 4,5, 8 & 9 September 2020

Masa      : 9.30 Pagi - 12.30 tengahari

Lokasi    : PEDi Pengkalan Kubor

Peserta:  : 28 orang

 

Tujuan

Kelas penyuntingan poster ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai aplikasi-aplikasi yang sering digunakan dalam mencipta Poster/ Banner / Banting secara online dan menarik. Selain itu, tujuan kelas ini dibuat juga untuk menggalakkan dan membantu para pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur antara 7 hingga 17 tahun untuk mengikuti pertandingan poster digital yang dianjurkan oleh Pusat Internet dengan tema "Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital". Para pelajar yang mahir boleh menggunakan kebolehan mereka dalam mencipta poster sendiri dalam program yang dianjurkan oleh sekolah kelak.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan dan bimbingan cara-cara membuat poster di pautan www.canva.com.my dengan bantuan petugas pusat internet. Selain dari aplikasi Canva, peserta turut diajar membuat poster dengan menggunakan Microsoft Office Publisher. Harapan agar semua peserta mempunyai  peningkatan kemahiran dan minat dalam penghasilan poster digital. Ia secara tidak langsung menjadi nilai tambah kepada asas kerjaya peserta kelak dan terus menjadikan pusat internet sebagai platform pembelajaran e learning komuniti.

Gambar Disini