Tarikh     : 14 Januari 2020

Masa       : 8.00 pagi - 1.00 tengahari

Lokasi     : Perkarangan PEDi Pengkalan Kubor 

Melibatkan komuniti yang berusia dalam lingkungan 30an. Mereka dibekalkan dengan bahan-bahan gubahan dan mereka diberi masa lebih kurang 20 minit untuk menyiapkan hiasan bento tersebut. Selepas 20 minit mereka dinilai oleh pihak juri dalam kalangan dr pergigian . Mereka begitu komited dalam menyiapkan hiasan tersebut. Mereka disajikan dengan hadiah yang cukup lumayan. 

 

Gambar Disini

Tarikh : 14 Januari 2020

Masa  : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : PEDi Pengkalan Kubor

Peserta : 129 orang

Tujuan

Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan adalah satu program wajib tahunan. Melibatkan beberapa entiti masyarakat komuniti dan beberapa agensi yang turut sama terlibat dalam menjayakan bersama program ini. Selain ianya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk merapatkan jurang digital masyarakat bersama PEDi serta merapatkan silaturrahim antara Petugas PEDi dengan komuniti setempat.

 

Aktiviti

Banyak aktiviti yang telah diatur bagi mengisi ruang yang ada dalam program ini. Ianya termasuklah, pertandingan bento kreatif, pertandingan mewarna poster, pertandingan seni origami, gosok gigi beramai-ramai, kuiz kahoot serta taklimat berkaitan penjagaan kebersihan gigi kepada pengunjung yang hadir. Selain itu juga, pengunjung turut diserikan dengan persembahan 'pupet' yang dibawa khas oleh dr pergigian. Bagi tidak menghampakan pengunjung yang hadir, mereka turut di hidangkan dengan hadiah yang menarik serta cabutan bertuah. 

 

Gambar Disini

Tarikh     : 13 Februari 2020

Masa       : 10.00 pagi - 12 tengahri

Lokasi     : Bilik Latihan Pusat Internet Pengkalan Kubor

 

Tujuan

        • Peperiksaan Online Spa 8 adalah bertujuan bagi pemilihan ke jawatan tertentu kerajaan.


    • Aktiviti

      • Menjawab peperiksaan online selama lebih kurang 2 jam. Melibatkan belia remaja yang berusai 20 an-30 an.  

    • Gambar Disini

Tarikh     : 14 Februari 2020

Masa       : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menggunakan Microsoft Office Word. Bagi pelajar masih belum kenal item-item melibatkan M. Office Word, ia akan membuatkan mereka sedikit janggal pada permulaannya. Tapi setelah mendapat info mereka mudah untuk belajar.

Aktiviti

Melibatkan pelajar sekolah rendah tahun 5 dan tahun 6 yang bersekolah di sekolah sekitar dengan pusat internet. Pelajar di latih cara-cara menggunakan aplikasi Microsoft Office Word. Pelajar di beri latihan untuk membuat dan menulis surat berita. Selain itu juga pelajar diberi taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak. Pelajar kelihatan gembira kerana dapat menimba ilmu baru bagi mereka.

Gambar Di Sini

Tarikh     : 07 Februari 2020

Masa       : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

Tujuan

        • Memberi pendedahan dan penekanan serta mendetailakn kepada pelajar tentang kelas enjin carian menggunakan internet. Ianya adalah tidak lain dan tidak buka bertujuan memudahkan pelajar dalam menggunakan internet bagi mencari maklumat yang mereka hendaki. 


    • Aktiviti

      • Melibatkan pelajar tahap 1 sekolah rendah lelaki iaitu antara pelajar yang berumur 10 - 12 tahun. Pelajar di berikan satu taklimat ringkas tentang enjin carian terlebih dahulu bagi memudahkan mereka mengaplikasi dan mengekses internet. dan mempastikan komputer dalam keadaan baik. Selain itu juga, mereka diselikan dengan Kuiz Klik Dengan Bijak.

    • Gambar Disini