Pemilik Bundle Arina Fiznie

 Nama      : Nurul Arina

Umur       : 25 Tahun
Ahli          : 2017

 

 

Latar belakang

Nurul Arina merupakan seorang lepasan graduan dari salah sebuah universiti tempatan.Selepas menamatkan pengajian,beliau sukar mendapat pekerjaan dan berusaha mencari peluang untuk menjana pendapatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum ini, Nurul Arina tidak pernah terlibat dalam perniagaan dalam talian walaupun beliau mahir menggunakan komputer dan mempunyai akaun media sosial Facebook.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nurul Arina mula mengikuti kursus Latihan Keusahawanan dan program e-Rezeki di PEDi Pengkalan Kubor pada bulan November 2017 dan telah berjaya menghabiskan modul yang dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan. Setelah mempelajari kemahiran keusahawan di PEDi Pengkalan Kubor,beliau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan online. Nurul Arina telah memilih platform Facebook sebagai langkah permulaan bagi perniagaan secara online. Kini, beliau mampu menjana pendapatan walaupun hanya menggunakan media sosial Facebook. Walaupun hasil yang diperoleh tidaklah banyak sekitar RM100 hingga RM200 sebulan,namun Nurul Arina sangat teruja dan berazam untuk mempertingkatkan lagi usaha bagi meraih pendapatan yang lebih banyak.