Latar belakang

 

Nurul Binti Muhammad merupakan seorang peniaga ais krim baba di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.Perniagaan ais krim ini adalah merupakan perniagaan warisan bapa beliau.Nurul menjalankan perniagaan ini sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nurul tidak mempunyai kemahiran komputer dan sangat lemah dalam bidang ICT. Namun, beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari bidang ICT bagi mengembangkan lagi pasaran dan jualan ais krim Baba beliau.  

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti beberapa kelas asas komputer dan Bengkel Usahawan online,kini beliau telah mempunyai akaun media social iaitu Facebook.Nurul membuka akaun Facebook bagi mempromosikan perniagaan ais krim beliau dan juga memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat tempahan secara dalam talian.