Tarikh     : 5 Oktober 2020

Masa       : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

 

Tujuan

Kelas asas komputer diadakan bertujuan memberi pendedahan dan membuka ruang kepada pelajar untuk belajar ilmu pengetahuan asas berkaitan dengan dunia komputer. Kelas ini turut memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan Ms Office Word disamping meningkatkan kemahiran penggunaan ICT di dalam kehidupan seharian

Aktiviti

Melibatkan pelajar sekolah rendah iaitu antara darjah 4 hingga 6 sekolah rendah. Petugas memberi taklimat ringkas tentang fungsi Ms Office Word dan bagaimana menggunakan aplikasi ini. Petugas juga turut memberi taklimat ringkas tentang penggunaan internet dengan bijak serta cara mengendalikan komputer dengan cara yang betul.