bicaraklikdenganbijak2

Pada 15 Oktober 2020 (Khamis) jam 10.00 Pagi, Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 11/2020 telah disiarkan secara langsung di Facebook @klikdenganbijak dengan tajuk “Bijak Berkongsi di Alam Maya”. Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 11/2020 ini telah disampaikan oleh Puan Lydrianna Koh  yang merupakan Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Sabah (Cawangan Sandakan). Pelbagai info dan panduan yang berkaitan dengan topik ini telah dikongsikan oleh beliau sepanjang rakaman secara langsung ini.  Rakaman secara langsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 11/2020 boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/klikdenganbijak/videos/740522589860058

#KlikDenganBijak#MalaysiaICTVolunteer#BicaraKDB