bicaraklik

Pada 19 November 2020 (Khamis) jam 10.00 Pagi, Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 18/2020 telah disiarkan secara langsung di Facebook @klikdenganbijak dengan tajuk “Penyalahgunaan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja”. Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 18/2020 ini telah disampaikan oleh Puan Nurdilaila Mohamad Salleh yang merupakan Penolong Eksekutif Pejabat MCMC Negeri Pahang. Pelbagai info dan panduan yang berkaitan dengan topik ini telah dikongsikan oleh beliau sepanjang rakaman secara langsung ini.  Rakaman secara langsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 18/2020 boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/klikdenganbijak/videos/743181723218523