statuscovid2

 

Terkini #COVID19Malaysia 25 Sept 2020
Kes sembuh=30
Jumlah kes sembuh= 9,696 kes
Kes positif= 111
(kes import=4, kes tempatan=107)
Jumlah positif= 10,687 kes
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 133
Kes dirawat di ICU=4 kes
Bantuan Alat Pernafasan=3 kes

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

 

klikdenganbijak

 

Pada 24 September 2020 (Khamis) jam 10.00 Pagi, Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 07/2020 telah disiarkan secara langsung di Facebook @klikdenganbijak dengan tajuk “Permainan Dalam Talian - Penggunaan Internet Bermasalah/Keterlaluan”. Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 07/2020 ini telah disampaikan oleh Puan Wan Nurul Ain Wan Mohd Razali yang merupakan Penolong Pengarah Pejabat MCMC, Negeri Kelantan. Pelbagai info dan panduan yang berkaitan dengan topik ini telah dikongsikan dan besar harapan moga kita dapat bersama-sama menggunakan internet dan bermain permainan dalam talian secara berhemah. Rakaman secara langsung Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 07/2020 boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/watch/?v=2800834476906448&extid=e5CKq8BaW9iG0F6O .

#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#BicaraKDB
#permainandalamtalian
#onlinegames

Tarikh     : 4,5, 8 & 9 September 2020

Masa      : 9.30 Pagi - 12.30 tengahari

Lokasi    : PEDi Pengkalan Kubor

Peserta:  : 28 orang

 

Tujuan

Kelas penyuntingan poster ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai aplikasi-aplikasi yang sering digunakan dalam mencipta Poster/ Banner / Banting secara online dan menarik. Selain itu, tujuan kelas ini dibuat juga untuk menggalakkan dan membantu para pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur antara 7 hingga 17 tahun untuk mengikuti pertandingan poster digital yang dianjurkan oleh Pusat Internet dengan tema "Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital". Para pelajar yang mahir boleh menggunakan kebolehan mereka dalam mencipta poster sendiri dalam program yang dianjurkan oleh sekolah kelak.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan dan bimbingan cara-cara membuat poster di pautan www.canva.com.my dengan bantuan petugas pusat internet. Selain dari aplikasi Canva, peserta turut diajar membuat poster dengan menggunakan Microsoft Office Publisher. Harapan agar semua peserta mempunyai  peningkatan kemahiran dan minat dalam penghasilan poster digital. Ia secara tidak langsung menjadi nilai tambah kepada asas kerjaya peserta kelak dan terus menjadikan pusat internet sebagai platform pembelajaran e learning komuniti.

Gambar Disini

 

statuscovid

Terkini #COVID19Malaysia 20 Sept 2020
Kes sembuh= 40
Jumlah kes sembuh= 9,355
Kes positif= 52
(kes import=12, kes tempatan=40)
Jumlah positif= 10,219
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 130
Kes dirawat di ICU= 10
Bantuan Alat Pernafasan= 2

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

 

 

 

 

Tarikh     : 29 Ogos 2020 (Sabtu)
Masa      : 3.30- 6.00 Petang
Tempat  : PEDi Pengkalan Kubor
 
 
 
 
 
Pada 29 Ogos yang lalu, PEDi Pengkalan Kubor telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan video kraftangan sempena bulan kemerdekaan bagi tahun 2020. Pertandingan ini telah disertai seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada golongan suri rumah dan juga pelajar sekolah. Para peserta masing-masing berjaya menghasilkan kraftangan merdeka dengan menggunakan barangan terpakai mengikut kreativiti tersendiri. Pihak PEDi Pengkalan Kubor merakamkan ucapan terima kasih kepada peserta yang menyertai pertandingan ini. Pemenang telah mendapat hadiah yang disampaikan oleh wakil komuniti yang merupakan penghulu Pengkalan Kubor iaitu Puan Melah Binti Ghani. Majlis penyampaian hadiah ini turut diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang serta acara memotong kek bendera Malaysia.