mask

 

Pakailah pelitup muka. Ianya bukan hanya untuk melindungi diri kita sahaja, tetapi untuk melindungi orang yang kita sayangi juga.

#COVID19
#KomunikasiKita
#JabatanPenerangan

 

Tarikh      : 25 Febuari 2021 (Khamis)

Masa       : 10.00 pagi

Lokasi     : PEDi Pengkalan Kubor 

Pada 25 Febuari 2021 telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Usahawan Baru Online Pusat Internet bersama PEDi Pengkalan Kubor. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh TM/MSD yang diadakan bermula 21 Julai hingga 15 Ogos 2020. Dalam pertandingan ini, seorang ahli PEDi Pengkalan Kubor iaitu Puan Nurul Izzati Binti Jaafar telah terpilih sebagai pemenang tempat kelima bagi negeri Kelantan. Beliau telah memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 1000 yang disampaikan oleh Pengurus PEDi Pengkalan Kubor iaitu Puan Nor Hasilawati Binti Mohd Yusoff. Puan Nurul Izzati telah memasarkan produk jualannya iaitu minyak zaitun icare oil di platform Shopee miliknya. Sebelum ini, Puan Nurul Izzati banyak mengikuti kelas keusahawanan dan bengkel Shopee di PEDi Pengkalan Kubor bagi mempelajari modul asas Shopee dan mempelajari editing gambar produk beliau. Diharapkan pertandingan seperti ini dapat melahirkan dan menggalakkkan lebih ramai usahawan online baru. Tahniah kami ucapkan kepada Nurul Izzati di atas kejayaan beliau! 

 

Gambar Disini

Tarikh     : 20 Febuari 2021 (Sabtu)

Masa       : 2.30-5.30 petang

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor 

 

Pada 20 Febuari 2021, seramai 4 orang ahli PEDi Pengkalan Kubor yang juga merupakan calon SPM 2021 telah menyertai Seminar Gempur SPM 2021 bagi subjek Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh pihak MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. Seminar tersebut diadakan secara dalam talian iaitu menggunakan aplikasi zoom in yang diadakan di Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor. Seminar ini disampaikan oleh tutor Bahasa Inggeris yang bertauliah dan berpengalaman dalam subjek ini. Tujuan seminar ini diadakan adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM untuk membuat persediaan akhir bagi meghadapi peperiksaan SPM yang Febuari 2021. Diharapkan peserta yang menyertai Seminar Gempur ini dapat menjawab soalan peperiksaan yang diberikan dengan jayanya. Selamat berjaya kami ucapkan!

Gambar Disini

210221

Status Terkini #COVID19, 21 Februari 2021
Kes sembuh=4,456
Jumlah kes sembuh=249,209 kes
Kes baharu positif=3,297 kes
Jumlah positif=283,569
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=1,056 kes
Kes dirawat di ICU=209 kes
Bantuan Alat Pernafasan=91

(SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)