PELAN PEMULIHAN NEGARA

Pelan Pemulihan Negara mengikut jangkaan Fasa berperingkat.

Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

(Sumber: Facebook Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM)

VAKSIN 12THN

 

Sukacita dimaklumkan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech telah diluluskan kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. Comirnaty, sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat pada 8 Januari 2021, digunakan bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas. Walaupun tambahan indikasi ini telah diluluskan, KKM berpandangan keutamaan pemberian vaksin masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi selaras dengan dasar sedia ada yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

(Sumber: Facebook PUBLIC HEALTH MALAYSIA)

Tarikh : 24 April 2021 (Sabtu)

Masa : 3.45-4.45 petang

Lokasi : PEDi Pengkalan Kubor

Pada 24 April 2021 telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Video Kreatif 2021. Terdapat beberapa kriteria video yang peserta perlu ikut antaranya video yang dihasilkan perlulah mempunyai tajuk di permulaan video. Antara tajuk yang boleh dijadikan pilihan adalah Pengalamanku di Pusat Internet Komuniti, Gubahan Kreatif Barangan Terpakai, Masakanku Kreatif dan Unboxing / Review roduk Terkini. Manakala pemilihan pemenang dikira melalui 'LIkes' terbanyak di Facebook rasmi PEDi Pengkalan Kubor serta video yang dihasilkan perlulah kreatif . Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang!

Gambar Disini