Tarikh : 24 April 2021 (Sabtu)

Masa : 3.45-4.45 petang

Lokasi : PEDi Pengkalan Kubor

Pada 24 April 2021 telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Video Kreatif 2021. Terdapat beberapa kriteria video yang peserta perlu ikut antaranya video yang dihasilkan perlulah mempunyai tajuk di permulaan video. Antara tajuk yang boleh dijadikan pilihan adalah Pengalamanku di Pusat Internet Komuniti, Gubahan Kreatif Barangan Terpakai, Masakanku Kreatif dan Unboxing / Review roduk Terkini. Manakala pemilihan pemenang dikira melalui 'LIkes' terbanyak di Facebook rasmi PEDi Pengkalan Kubor serta video yang dihasilkan perlulah kreatif . Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang!

Gambar Disini

ubat

WASPADA PEMBELIAN UBAT SECARA DALAM TALIAN

Sentiasa berhati-hati sekiranya anda ingin membeli produk ubat-ubatan samada yang dijual secara dalam talian mahupun melalui laman media sosial. Semak terlebih dahulu status pendaftaran produk yang dijual dan juga kesahihan tuntutan/testimoni yang dibuat dalam iklan yang disiarkan. Elakkan diri anda daripada terpedaya dan menjadi mangsa kerakusan penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab.

Dapatkan bekalan produk ubat-ubatan anda daripada sumber ataupun penjual yang diyakini seperti klinik perubatan ataupun premis farmasi berlesen.

Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di www.pharmacy.gov.my.

#AdaKKLIUBaruOK
#BiarBetulIklanNi

(SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

 

Tarikh : 23 April 2021 (Khamis)

Masa : 3.45-4.45 petang

Lokasi : PEDi Pengkalan Kubor

 

Tujuan

Kelas E-Tuisyen ini diadakan bertujuan membantu pelajar-pelajar khususnya pelajar calon yang akan menduduki peperiksaan besar seperti PT3 dan SPM untuk menimba lagi ilmu yang disampaikan oleh tutor-tutor bertauliah yang dilantik oleh pihak MSD. Jadi dengan adanya E-Tuisyen ini pelajar dapat menambahkan lagi pengetahuan sedia ada mereka.

Aktiviti

E-tuisyen ini dilakukan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom. Mereka diajar tentang sesuatu topik dan para pelajar dapat berinteraksi dengan tutor-tutor yang mengajar mereka pada masa tersebut. Mereka boleh bertanyakan apa sahaja yang mereka tidak faham.

Gambar Disini