Tarikh     : 5 Januari 2021

Masa       : 10 pagi

Lokasi     : PEDi Pengkalan Kubor 

 

Pada bulan September 2020, TM/MSD telah menganjurkan satu pertandingan poster yang terbuka kepada semua ahli Pusat Ekonomi Digital berumur lingkungan 7 hingga 17 tahun. Tema poster ini ialah "PUSAT INTERNET PEMANGKIN KOMUNITI DIGITAL".  Dalam poster tersebut itu semua peserta perlulah menggambarkan perkhidmatan, peranan dan gambaran pusat internet. Seramai 10 orang pengguna PEDi Pengkalan Kubor menyertai pertandingan ini. Dan seorang wakil peserta PEDi Pengkalan Kubor iaitu Muhammad Adam Afiq Bin Affendi, 8 tahun telah terpillih sebagai 10 peserta terbaik bagi negeri Kelantan. Setelah pengundian awam dilakukan di MyVote Dashboard Komuniti, Muhammad Adam Afiq memenangi tempat ketiga keseluruhan negeri Kelantan. Beliau memenangi sebuah telefon bimbit jenama samsung. Hadiah disampaikan oleh Pengurus PEDi Pengkalan Kubor, Puan Nor Hasilawati. Tahniah kami ucapkan.

 

Gambar Disini

Tarikh     : 15 Januari 2021

Masa       : 9.30 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor 

Tujuan

Kelas asas shopee ini adalah bertujuan untuk memberi ilmu asas berkaitan shopee kepada mereka yang berminat dan ingin melibatkan diri dalam bisnes secara talian. Pada masa yang sama membuka minda dan peluang kepada mereka tentang kelebihan berurus niaga secara online. 

Aktiviti

Kelas asas keusahawan adalah kelas yang diberikan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia online. Mereka diajar secara satu persatu bermula dengan modul latihan asas. Melibatkan para peniaga online dalam lingkungan umur 18-30 an. Pada masa yang sama banyak ilmu-ilmu berkaitan dengan bisnes dalam talian yang dikongsi oleh petugas kepada peserta.

Gambar Disini

PERANAN PENJAGA

Ketahui peranan anda sebagai penjaga dalam pengurusan kes positif COVID-19 di Rumah.

Putuskan Rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

SCAM

𝐒𝐜𝐚𝐦 𝐀𝐥𝐞𝐫𝐭 - 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐥𝐞𝐟𝐨𝐧
⠀⠀
Berwaspada dan tidak mudah terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon yang mendakwa daripada institusi kewangan ataupun pihak polis kerana dikhuatiri ia panggilan palsu.

Sumber: 

 
 
Sentiasa berwaspada dan bersiapsiaga dalam menghadapi bencana banjir pada musim hujan ini.
Ikuti panduan persediaan komunikasi dan hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan sewaktu bencana.
@skmm_mcmc