Tarikh : 21 Oktober 2021 (Khamis)

Masa : 3.45-4.45 petang

Lokasi : PEDi Pengkalan Kubor

 

Pada 21 Oktober 2021 telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Usahawan Digital 2021 bagi peringkat Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Pertandingan ini telah dianjurkan oleh TM/MSD yang diadakan bermula 15 Julai hingga 30 November 2021. Usahawan adalah terdiri dari ahli PEDi Pengkalan Kubor dan mereka diadili melalui hasil jualan dalam platform Shopee. Dalam pertandingan ini, ahli PEDi Pengkalan Kubor iaitu Encik Azrul telah terpilih sebagai pemenang tempat pertama bagi peringkat PEDi Pengkalan Kubor dan berjaya ke peringkat seterusnya. Manakala, pemenang tempat kedua ialah Cik Fatin Amira Binti Salleh dan Cik Alia Syafina pula merupakan pemenang tempat ketiga. Sebelum ini, para peserta telah  mengikuti kelas keusahawanan dan bengkel Shopee di PEDi Pengkalan Kubor bagi mempelajari modul asas Shopee dan mempelajari editing gambar produk mereka. Diharapkan pertandingan seperti ini dapat melahirkan dan menggalakkkan lebih ramai usahawan online baru. Tahniah kepada semua pemenang. Moga bertambah pendapatan dan berusaha dengan lebih gigih. Selamat maju jaya.

Gambar Disini