Tarikh : 19 Ogos 2023
Masa : 10 pagi - 12.30 Tengahari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor
Tujuan
Kelas resume diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara dan aplikasi online yang boleh digunakan bagi membuat resume. Resume yang menarik dan kreatif sangat penting untuk menjadi nilai tambah dalam mencari pekerjaan dan menarik bakal majikan kita.
Aktiviti
Dalam kelas ini, para peserta diajar menggunakan beberapa aplikasi membuat resume seperti Canva, Ms Word, dan sebagainya. Para peserta dapat mengetahui cara mengolah resume dengan menonjolkan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri peserta dengan lebih jelas seterusnya dapat menghasilkan resume yang menarik. Para pengajar terlebih dahulu memberi penerangan tentang ilmu yang akan dipelajari dan memberikan tugasan supaya para peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas resume ini.
Tarikh : 07 Ogos 2023 (Isnin)
Masa : 3 - 5 petang
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor
Tujuan
Kursus Asas ICT diadakan supaya para peserta yang menyertai kelas ini mahir dalam menggunakan Ms Word, Ms Excel, Ms Powerpoint dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer di kalangan ahli yang berdaftar dengan PEDi serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Ms Office. Para peserta turut dapat mengenali komponen-komponen asas komputer, memahami cara menggunakan komputer dan menguruskan fail dalam komputer.
Aktiviti
Kursus asas ICT ini merupakan kelas asas ICT menggunakan Ms Office seperti Ms Word, Ms Excel, Ms Powerpoint dan juga kaedah membuat carian di Google. Kelas ini juga mendedahkan pelbagai ilmu pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak. Petugas PEDi Pengkalan Kubor memberi penerangan yang jelas supaya peserta lebih memahami tentang ilmu yang diajar. Para peserta turut diajar secara amali iaitu dengan menaip dalam Ms Office. Terdapat banyak kelebihan menggunakan kemudahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana aplikasi yang digunakan seperti Ms Word, Ms Powerpoint dan lain-lain dapat mempamerkan imej dan visual yang menarik sekaligus dapat menarik lagi minat para audiens untuk menonton hasil pembentangan kita. Semoga dengan program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan PEDi Pengkalan Kubor kali ini dapat mencapai matlamat yang diinginkan.
Apa itu PEDi?
PEDi atau Pusat Ekonomi Digital adalah pusat sehenti yang menyediakan capaian internet kepada komuniti setempat, latihan ICT dan keusahawanan dengan bertujuan untuk menaikkan taraf sosioekonomi setempat dan merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.
#pusatekonomidigital #pedi #pediuntuksemua #kkd #mcmc #telekommalaysia
ANDA TERIMA TAWARAN HADIAH LUMAYAN???
Berhati-hati dengan SCAM Tawaran Hadiah yang meminta maklumat perbankan peribadi anda !!!
Sesal kemudian tiada gunanya…
Sumber : Kementerian Kewangan
#AmaranScam #SoalSekatSebar #ScamAlert #AndaLebihBijak
Tarikh : 12 hingga 14 Julai 2023
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor
Tujuan
Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer ini merupakan anjuran KEMAS Daerah Tumpat bersama PEDi Pengkalan Kubor dan disertai oleh 15 orang peserta. Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada para peserta yang ingin mempelajari asas grafik menggunakan beberapa teknik dan aplikasi online. kepada mereka yang berminat dan ingin melibatkan diri dalam bisnes secara talian. Pada masa yang sama membuka minda dan peluang kepada mereka tentang kelebihan berurus niaga secara online.
Aktiviti
Kursus asas grafik ini adalah kursus yang diberikan kepada mereka yang berjinak-jinak dalam bisnes online. Melibatkan para peniaga online dalam lingkungan umur 18-30 an. Para peserta diajar secara satu persatu bermula dengan modul latihan asas seperti pengenalan kepada asas grafik, teknik mengambil gambar produk, memasukkan dan mengubahsuai imej bagi menghasilkan gambar dan imej yang menarik , membuat tutorial dengan menggunakan aplikasi online seperti Canva, Capcut dan lain-lain lagi. Para pengajar terlebih dahulu memberi penerangan tentang ilmu yang akan dipelajari dan memberikan tugasan supaya para peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kursus ini. Diharap para peserta dpaat menggunakan ilmu yang dipelajari dalam perniagaan mereka seterusnya dapat meningkatkan jualan masing-masing. Syabas kepada semua peserta!