Tarikh     : 5 Oktober 2023 (Khamis)

Masa       : 3 petang - 5.30 petang

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

 

Tujuan

Kelas ICT (asas komputer & menaip) bertujuan memberi pendedahan kepada peserta supaya mahir dalam menggunakan fungsi yang terdapat di Microsoft Office Word.

 

Aktiviti

Para peserta diajar dengan modul latihan asas berkenaan ICT dan fungsi tombol CTRL, tetikus, sistem operasi komputer dab cara pengendalian komputer secara ringkas. Melalui kelas ini, peserta diberi tugasan menaip dan memasukkan maklumat dalam 'table'. Selain itu, petugas memberikan tunjuk ajar kepada peserta cara copy paste gambar dari Google dan masukkan ke dalam Word. 

Gambar Disini

382987141 727570432740437 3280573205628083073 n

Ingat! Lindungi maklumat perbankan anda. Selidik terlebih dahulu sebelum bertindak.

#MalaysiaMADANI
#JanganKenaScam

(Sumber: FB Page Kementerian Kewangan)

378050452 712224087618237 8387986345056136668 n

Tahukah anda komponen dan logam yang berada dalam peralatan elektronik lama anda mempunyai nilai yang tinggi?

💡 Kitar semula e-waste anda supaya sumber ini boleh digunakan semula untuk mengurangkan perlombongan bahan mentah seperti emas dan kuprum.

📖 Tahu lebih lanjut mengenai nilai yang terkandung dalam peralatan elektronik di kitar.mcmc.gov.my.
Kitar semula e-waste anda hari ini! ðŸ”„✨

#mobileewaste
#KITARMCMC
#KITARuntukKITA

383161577 18409008787027766 7014265852062080307 n

Phishing adalah satu kaedah penipuan bagi mendapatkan maklumat peribadi seperti perbankan orang lain melalui laman web palsu yang menyerupai laman web asal.
 
Kebanyakan mangsa phishing ini akan menerima SMS atau e-mel bersama pautan ke laman web palsu bank atau syarikat. Tanpa disedari, mereka telah mendedahkan maklumat perbankan internet kepada scammer.
 
📞 Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 dengan segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.
 

Tarikh     : 15 September 2023

Masa       : 9.00 pagi - 12.30 petang

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

Tujuan

STEM Game (Uji Minda) adalah kelas menguji minda para peserta dengan menyelesaikan masalah dalam bentuk game. Ini tidak lansung dapat memupuk minat belajar sains dan teknologi dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini juga adalah untuk memberi kemahiran serta pendedahan pembelajaran secara digital dan teknologi terkini kepada pelajar yang sangat berguna untuk masa depan pendidikan pelajar.

Aktiviti

Aktiviti ini adalah menggunakan kemudahan aplikasi atas talian iaitu www.engineering.com yang mana dapat di lihat ketangkasan pelajar dan berfikir dengan cepat dalam menyelesaikan game tersebut. Pengajar terlebih dahulu memberi penerangan tentang ilmu yang akan dipelajari dan memberikan tugasan supaya para peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kursus ini. 

 

Gambar Disini