Tarikh     : 07 Ogos 2023 (Isnin)

Masa       : 3 - 5 petang

Lokasi     : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor

 

Tujuan

Kursus Asas ICT diadakan supaya para peserta yang menyertai kelas ini mahir dalam menggunakan Ms Word, Ms Excel, Ms Powerpoint dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer di kalangan ahli yang berdaftar dengan PEDi serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Ms Office. Para peserta turut dapat mengenali komponen-komponen asas komputer, memahami cara menggunakan komputer dan menguruskan fail dalam komputer.

 

Aktiviti

Kursus asas ICT ini merupakan kelas asas ICT menggunakan Ms Office seperti Ms Word, Ms Excel, Ms Powerpoint dan juga kaedah membuat carian di Google. Kelas ini juga mendedahkan pelbagai ilmu pengetahuan tentang penggunaan internet dengan bijak. Petugas PEDi Pengkalan Kubor memberi penerangan yang jelas supaya peserta lebih memahami tentang ilmu yang diajar. Para peserta turut diajar secara amali iaitu dengan menaip dalam Ms Office. Terdapat banyak kelebihan menggunakan kemudahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana aplikasi yang digunakan seperti Ms Word, Ms Powerpoint dan lain-lain dapat mempamerkan imej dan visual yang menarik sekaligus dapat menarik lagi minat para audiens untuk menonton hasil pembentangan kita. Semoga dengan program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan PEDi Pengkalan Kubor kali ini dapat mencapai matlamat yang diinginkan.

 

Gambar Disini