333544983 168634999297714 7094496494729942250 n

Tahukah anda, ketagihan gajet di peringkat kanak-kanak boleh terjadi seawal usia 3 tahun! Tidak dinafikan bahawa gajet merupakan satu keperluan pada masa kini. Namun, pendedahan gajet berterusan kepada kanak-kanak sehingga bertukar menjadi ketagihan mestilah dielakkan. Oleh itu, jadilah ibu bapa bertanggungjawab dengan memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup dan tabiat yang sihat.

337041065 553382533559572 7939952811480436242 n

AWAS! JANGAN MUDAH TERPEDAYA!

Memang seronok kalau ditawarkan pekerjaan asas yang mudah beserta gaji yang banyak, tetapi anda perlu lebih berhati-hati kerana pekerjaan yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, biasanya bukan pekerjaan sebenar.

Semak dan laporkan kepada pihak penguatkuasa. hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 segera agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.

#KKD
#MCMC
#Taknakscam

335871854 1207578959867861 7851510097602954645 n

Anda dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan iklan pelaburan di media sosial mahupun di tempat lain kerana ia mungkin tipu helah "scammer" yang boleh menyebabkan kecurian maklumat peribadi dan kehilangan wang.

#MalaysiaMADANI
#JabatanPenerangan