441053948 979314377531760 4029310739550548747 n

Ingat! Kita mestilah sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan scammer yang mencari peluang untuk mengaut keuntungan dengan tawaran yang tidak wujud.

Semak dahulu sebelum bertindak.

Sumber: Kementerian Kewangan

#MalaysiaMADANI #JanganKenaScam #ScamAlert #SoalSekatSebar

 

440791657 959651105918651 7913936517352645421 n

J𝐨𝐦 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫. - Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan

Senaman Kaki:
Angkat kaki ke atas dan tahan sebentar sebelum turunkan.
Putar pergelangan kaki ke kiri dan kanan.

Senaman Leher dan Bahu:
Putar leher perlahan ke kiri dan kanan.
Angkat bahu ke atas dan tahan sebentar sebelum lepaskan.

Senaman Pergelangan Tangan:
Putar pergelangan tangan ke arah jam dan lawan arah jam.
Tekan telapak tangan ke atas meja dan tahan sebentar.

Senaman Pernafasan:
Tarik nafas dalam-dalam dan tahan sebentar sebelum hembuskan perlahan.

Ulangi beberapa kali untuk mengurangkan ketegangan.
Ingat untuk berdiri dan bergerak setiap 30 minit untuk menjaga kesihatan tubuh semasa bekerja di depan komputer.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Tarikh     : 21 MAC 2024 (Khamis)

Masa       : 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Bilik Latihan NaDi Pengkalan Kubor

 

Tujuan

Kelas Online Banking ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kegunaan dan fungsi yang terdapat pada Online Banking seperti cara membuka akaun Online Banking, JomPay, transaksi dan cara-cara keluar masuk duit secara online bagi memudahkan kegunaan dan semakan pada masa depan. 

Aktiviti

Peserta terlebih dahulu diberi penjelasan mengenai kelebihan mempunyai Online Banking dalam kegunaan seharian kita lebih-lebih lagi pada dunia hujung jari ini. Selepas itu, peserta diajar satu persatu dan terus membuka Online Banking masing-masing dan mencuba sendiri fungsi-fungsi yang terdapat dalam Online Banking tersebut. 

Gambar Disini

 

Tarikh     : 18 APRIL 2024 (Khamis)

Masa       : 2.30 petang - 5.30 petang

Lokasi     : Bilik Latihan NaDi Pengkalan Kubor

 

Tujuan

Kelas Keusahawanan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta khususnya yang terlibat dengan dunia perniagaan yang ingin mempelajari cara membuat invois untuk digunakan dalam perniagaan masing-masing.

Aktiviti

Para peserta diajar secara satu persatu bermula dengan cara membuat invois dengan menggunakan Canva. Pengajar terlebih dahulu memberi penerangan tentang ilmu yang akan dipelajari dan memberikan tugasan supaya para peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kursus ini. Pada akhir aktiviti ini, peserta dapat mempelajari dan membuat invois yang sangat menarik dan kemas. Diharap para peserta dpaat menggunakan ilmu yang dipelajari dalam perniagaan mereka seterusnya dapat meningkatkan jualan masing-masing.  

Gambar Disini

437751982 727066016306345 4928208623688434214 n

TIPS ELAK JADI MANGSA PENGGODAM KECURIAN IDENTITI

Saban hari kes kecurian identiti dilaporkan, malah bilangannya semakin meningkat. Pelbagai bentuk pesanan telah disampaikan oleh pihak kerajaan melalui pelbagai agensi perihal ancaman ini.

Namun, ada sesetengah pihak mengambil sikap acuh tidak acuh dalam mengatasi permasalahan ini hinggalah ia berlaku ke atas diri sendiri.

Jadilah masyarakat yang sentiasa cakna dan ikuti tip yang disediakan bagi mengelak dari menjadi mangsa penggodam kecurian identiti yang berikutnya.

Sumber: Jabatan Komunikasi Komuniti

#komunikasiKomuniti #PilihPerpaduan #NADI