Tarikh : 18 APRIL 2024 (Khamis)
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan NaDi Pengkalan Kubor
Tujuan
Kelas Keusahawanan ini diadakan bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta khususnya yang terlibat dengan dunia perniagaan yang ingin mempelajari cara membuat invois untuk digunakan dalam perniagaan masing-masing.
Aktiviti
Para peserta diajar secara satu persatu bermula dengan cara membuat invois dengan menggunakan Canva. Pengajar terlebih dahulu memberi penerangan tentang ilmu yang akan dipelajari dan memberikan tugasan supaya para peserta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kursus ini. Pada akhir aktiviti ini, peserta dapat mempelajari dan membuat invois yang sangat menarik dan kemas. Diharap para peserta dpaat menggunakan ilmu yang dipelajari dalam perniagaan mereka seterusnya dapat meningkatkan jualan masing-masing.