PeKa B40 adalah PERCUMA, kelayakan diberikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah dan pasangan yang berumur 40 tahun ke atas.
Terdapat 4 manfaat yang tersedia di bawah Skim PeKa B40:
1. Saringan Kesihatan PERCUMA
2. Bantuan peralatan perubatan (hingga RM20 ribu)
3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (RM1 ribu)
4. Insentif Tambang Pengangkutan (hingga RM1 ribu)
Semak kelayakan anda di pekab40.com.my dan jalani saringan kesihatan PERCUMA di Klinik PeKa B40 yang berdekatan dengan anda hari ini!
Sumber : ProtectHealth Corporation