Tarikh : 14 Januari 2020
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : PEDi Pengkalan Kubor
Peserta : 129 orang
Tujuan
Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan adalah satu program wajib tahunan. Melibatkan beberapa entiti masyarakat komuniti dan beberapa agensi yang turut sama terlibat dalam menjayakan bersama program ini. Selain ianya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk merapatkan jurang digital masyarakat bersama PEDi serta merapatkan silaturrahim antara Petugas PEDi dengan komuniti setempat.
Aktiviti
Banyak aktiviti yang telah diatur bagi mengisi ruang yang ada dalam program ini. Ianya termasuklah, pertandingan bento kreatif, pertandingan mewarna poster, pertandingan seni origami, gosok gigi beramai-ramai, kuiz kahoot serta taklimat berkaitan penjagaan kebersihan gigi kepada pengunjung yang hadir. Selain itu juga, pengunjung turut diserikan dengan persembahan 'pupet' yang dibawa khas oleh dr pergigian. Bagi tidak menghampakan pengunjung yang hadir, mereka turut di hidangkan dengan hadiah yang menarik serta cabutan bertuah.