Tarikh : 22 Julai 2022 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang-5.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Pengkalan Kubor
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi ilmu mengenai cara membuat slide pembentangan menggunakan Microsoft PowerPoint. Microsoft PowerPoint adalah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian mesej yang lebih berkesan. Peserta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan perisian persembahan disamping dapat mengaplikasikan penggunaan Microsoft PowerPoint dalam pembentangan tugasan atau laporan.Pada masa yang sama dapat menjana pemikiran yg kreatif dan inovatif.
Aktiviti
Kelas Microsoft PowerPoint adalah kelas yang diberikan kepada mereka yang hendak menimba ilmu untuk memberi pembentangan dalam apa jua aktiviti kerja mereka sama ada pelajar atau golongan yang sudah bekerja. Mereka diajar secara satu persatu bermula dengan modul latihan asas. Dalam kelas ini juga, peserta diberi tugasan untuk membuat slide pembentangan masing-masing dan bejaya menghasilkan slide pembentangan yang mengandungi animasi, grafik, video dan sebagainya. Diharap peserta dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam apa jua tugasan mereka.
Amalkan etika dan adab sopan ketika berinteraksi kerana penggunaan laman sosial yang baik adalah tanggungjawab bersama!
Jom @klikdenganbijak !
#EtikaAlamSiber
#KlikDenganBijak
#MCMC
#RukunNegara
#MalaysiaICTVolunteer
𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐊-𝐊𝐎𝐌𝐌
Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).
Semak kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut dan laporkan kepada polis atau merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 𝟎𝟑-𝟐𝟔𝟏𝟎𝟏𝟏𝟓𝟗 atau 𝟎𝟑-𝟐𝟔𝟏𝟎𝟏𝟓𝟗𝟗 sekiranya disyaki menjurus kepada penipuan.
#KKOMM
#panggilanpalsu
#keluargaMalaysia
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
MACAU SCAM.
Penyamaran Tipu Panggilan
Berwaspada dengan nombor telefon yang tidak dikenali.
Ikuti Tips & Nasihat yang disediakan.
Untuk bantuan dan pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-6207 1919.
#tabunghaji #waspada #macauscam #scammer
(sumber: Facebook Official Lembaga Tabung Haji)
MACAU SCAM : MENYAMAR SEBAGAI KENALAN UNTUK MEMPERDAYA MANGSA
Modus Operandi :
1. Scammer akan menghubungi mangsa melalui akaun media sosial, whatsapp atau telegram.
2. Suspek akan menggunakan gambar kenalan mangsa dan menyamar sebagai kenalan mangsa.
3. Suspek akan meminta untuk meminjam wang mangsa bagi tujuan kecemasan (diragut, kemalangan, hutang, bayaran hospital dll).
4. Suspek akan meminta mangsa memasukkan wang ke akaun individu yang tidak dikenali.
Jadi, jika kenalan anda tiba-tiba menghubungi anda dan ingin meminjam wang, semak terlebih dahulu. Hubungi kenalan anda di no. telefon yang asal sebelum membuat sebarang transaksi.
Jangan masukkan wang ke akaun bank individu yang tidak dikenali. Pupuk rasa curiga. Semak sebelum bertindak.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM
Jom Klik Dengan Bijak !
#LetsFightScammerTogether
#BeSmartStayAlert
#CCID
#JSJK
#PDRM
#MacauScam
#MenyamarKenalan
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer