Tarikh     : 5 Januari 2021

Masa       : 10 pagi

Lokasi     : PEDi Pengkalan Kubor 

 

Pada bulan September 2020, TM/MSD telah menganjurkan satu pertandingan poster yang terbuka kepada semua ahli Pusat Ekonomi Digital berumur lingkungan 7 hingga 17 tahun. Tema poster ini ialah "PUSAT INTERNET PEMANGKIN KOMUNITI DIGITAL".  Dalam poster tersebut itu semua peserta perlulah menggambarkan perkhidmatan, peranan dan gambaran pusat internet. Seramai 10 orang pengguna PEDi Pengkalan Kubor menyertai pertandingan ini. Dan seorang wakil peserta PEDi Pengkalan Kubor iaitu Muhammad Adam Afiq Bin Affendi, 8 tahun telah terpillih sebagai 10 peserta terbaik bagi negeri Kelantan. Setelah pengundian awam dilakukan di MyVote Dashboard Komuniti, Muhammad Adam Afiq memenangi tempat ketiga keseluruhan negeri Kelantan. Beliau memenangi sebuah telefon bimbit jenama samsung. Hadiah disampaikan oleh Pengurus PEDi Pengkalan Kubor, Puan Nor Hasilawati. Tahniah kami ucapkan.

 

Gambar Disini