ASAL USUL NAMA KELANTAN

 

Mungkin kita semua tertanya-tanya dari manakah asalnya nama negeri Kelantan? Sebenarnya, nama Kelantan dikatakan berasal daripada pokok gelam hutan ataupun nama lain bagi pokok itu ialah Melaleuca leucadendron. Selain itu, ada juga teori lain mengatakan nama Kelantan berasal daripada perkataan Melayu iaitu kilatan serta kolam tanah. Sejarah awal negeri ini mempunyai hubungan dengan Kerajaan Funan Kingdom, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Sejarah China menunjukkan kewujudan hubungan perdagangan dengan Kelantan yang dikenali sebagai "Ho-Lo-Tan". Dari sinilah wujudnya nama kelantan yang juga dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang.

 

SEJARAH PENGKALAN KUBOR

 

Pengkalan Kubor merupakan sebuah bandar kecil di daerah Tumpat, Kelantan. Pengkalan Kubor merupakan pintu masuk ke negara ini dari Thailand. Hal ini kerana Pengkalan Kubor  terletak di sempadan Thailand. Oleh kerana kedudukannya berdekatan sungai Geting yang bersambung terus ke Laut China Selatan, aktiviti di sungai menjadi aktiviti utama penduduk setempat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menjala ikan-ikan sungai. Ada juga yang menggunakan perahu dan bot kecil untuk menangkap ikan. Oleh itu, perahu dan bot kecil nelayan  disimpan di jeti ataupun pengkalan. Menurut orang-orang zaman dahulu, dari situlah nama "pengkalan" diperoleh.

 

Pengkalan ataupun jeti amat penting bagi aktiviti ekonomi penduduk di sini pada waktu dahulu. Di sini jugalah, segala hasil tangkapan di sungai dijual. Sesudah pulang dari menangkap ikan, nelayan terus menjual hasil tangkapan mereka di sini. Selain itu, di sini terdapat kawasan perkuburan lama yang luas dan besar. Maka, nama tempat ini diberi nama "Pengkalan Kubor"

 

SUMBER: http://www.tourism.gov.my/