Tarikh     : 5 Januari 2019

Masa       : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     : Bilik Latihan Pusat Internet Pengkalan Kubor

Tujuan

        • Mendedahkan kepada pelajar sekolah rendah tentang e-pembelajaran dan juga memperkenalkan asas komputer.Ia juga dapat menanam dan memupuk minat pelajar kepada pembelajaran secara atas talian. Ianya adah penting buat pelajar-pelajar ini bagi mendepani era dunia tanpa sempadan dan dunia di hujung jari.


    • Aktiviti

      • Melibatkan pelajar sekolah rendah seramai 10 orang. Pelajar di ajar cara-cara penggunaan aplikasi e-pembelajaran. Selepas itu pelajar diberi beberapa latihan tentang apa yang dipelajari. 

      • Gambar Di Sini 

Tarikh : 22 Disember 2018

Masa  : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : PI Pengkalan Kubor

Peserta : 10 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik asas menggunakan Microsoft Office Word.

Aktiviti

Melibatkan pelajar sekolah rendah tahun 5 dan tahun 6. Pelajar di latih cara-cara menggunakan aplikasi Microsoft Office Word. Pelajar di beri latihan untuk membuat text ucapan syarahan. Selain itu juga pelajar diberi taklimat dan kuiz Klik Dengan Bijak

Tarikh : 15 Disember 2018

Masa  : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : PEDi Pengkalan Kubor

Peserta : 98 orang

Tujuan

Program ini diadakan bagi mempromosikan Dashbord Komuniti kepada penduduk setempat.

Aktiviti

Banyak aktiviti yang di adakan antaranya adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma, bengkel MyShop, kuiz Online, Pertandingan masakan 'sarapan sihat', pertandingan asing straw, pertandingan makan biskut dengan pergerakan muka,tandingan boling straw, ceramah kesihatan dan cabutan bertuah kepada komuniti. 

Gambar Disini

 

Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik asas penggunaan komputer dan bagaimana untuk menjadi pengguna yang bijak.

Tarikh : 7 November 2018

Masa  : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : PI Pengkalan Kubor

Peserta : 9 orang

Tujuan

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana mencipta “slide” menggunakan aplikasi Microsoft  Office Powerpoint.

Aktiviti

Peserta diberi pendedahan dan latihan bagaimana mencipta pembentangan menggunakan aplikasi Microsoft  Office Powerpoint seperti cara memasukkan gambar,graf,jadual,shapes,carta dan lain-lain.

 Gambar Disini