298242291 5623458061048679 5578041944814056868 n

MACAU SCAM.

Penyamaran Tipu Panggilan

Berwaspada dengan nombor telefon yang tidak dikenali.

Ikuti Tips & Nasihat yang disediakan.

Untuk bantuan dan pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-6207 1919.

#tabunghaji #waspada #macauscam #scammer

(sumber: Facebook Official Lembaga Tabung Haji)

panggilan palsu

𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐊-𝐊𝐎𝐌𝐌

📌 Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

📌 Semak kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut dan laporkan kepada polis atau merujuk kepada CCID Scam Response Center di talian 𝟎𝟑-𝟐𝟔𝟏𝟎𝟏𝟏𝟓𝟗 atau 𝟎𝟑-𝟐𝟔𝟏𝟎𝟏𝟓𝟗𝟗 sekiranya disyaki menjurus kepada penipuan.

#KKOMM
#panggilanpalsu
#keluargaMalaysia
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama

 

iklan

Waspada iklan yang mengelirukan pengguna dengan menyatakan sesuatu barangan atau perkhidmatan sebagai PERCUMA sedangkan nilai elemen telah diambil sekali dalam harga jualan yang ditawarkan.

#KPDNHEP #penggunabijak #iklanmengelirukan

(SUMBER: LAMAN RASMI FB KPDNHEP)

 

MACAU SCAM

MACAU SCAM : MENYAMAR SEBAGAI KENALAN UNTUK MEMPERDAYA MANGSA

Modus Operandi :

1. Scammer akan menghubungi mangsa melalui akaun media sosial, whatsapp atau telegram.

2. Suspek akan menggunakan gambar kenalan mangsa dan menyamar sebagai kenalan mangsa.

3. Suspek akan meminta untuk meminjam wang mangsa bagi tujuan kecemasan (diragut, kemalangan, hutang, bayaran hospital dll).

4. Suspek akan meminta mangsa memasukkan wang ke akaun individu yang tidak dikenali.

Jadi, jika kenalan anda tiba-tiba menghubungi anda dan ingin meminjam wang, semak terlebih dahulu. Hubungi kenalan anda di no. telefon yang asal sebelum membuat sebarang transaksi.

Jangan masukkan wang ke akaun bank individu yang tidak dikenali. Pupuk rasa curiga. Semak sebelum bertindak.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Jom Klik Dengan Bijak !

#LetsFightScammerTogether
#BeSmartStayAlert
#CCID
#JSJK
#PDRM
#MacauScam
#MenyamarKenalan
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer

FORUM

Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan sebuah forum yang membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).

Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT 2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.

Sehubungan itu, pihak MCMC berbesar hati menjemput penyertaan anda pada 27 Julai 2022 jam 2 tengahari hingga 4:30 petang.

Antara topik perbincangan adalah bagaimana industri komunikasi dan multimedia berusaha untuk menyediakan akses Internet yang mampan dan selamat dalam menyokong penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam bidang STEM.

Ahli panel juga akan membincangkan usaha yang boleh dilaksanakan di peringkat komuniti mahupun institusi keluarga untuk menggalakkan penglibatan mereka.

Mereka yang berminat dimohon untuk melengkapkan borang pendaftaran dan pengesahan kehadiran melalui pautan Zoom https://bit.ly/3Po0qhi sebelum atau pada Rabu 27 Julai jam 10 pagi bagi tujuan penyelarasan oleh pihak urus setia.

#KKOMM
#MCMC
#ITU
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#GirlsinICT
#GirlsinICTDay2022