Ramai menjadi mangsa penipuan kerana memuat turun aplikasi daripada URL yang dihantar melalui SMS/ WhatsApp yang tidak diketahui atau tertipu dengan kata-kata manis scammer dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan. Jangan terpedaya! Amalkan konsep STAR.
Jika ragu-ragu, hubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK menerusi talian 1-300-88-5465. Anda juga boleh layari laman bnm.gov.my/LINK atau menggunakan khidmat ‘live chat’ melalui laman web rasmi BNM.
Like dan Follow halaman Facebook Amaran Scam untuk maklumat mengenai penipuan kewangan di Malaysia.
#AmaranScam #JanganTertipu #JanganJadiMangsa #PenipuanKewangan #ScamAlert #FinancialScam #StayAlert #DontBeAVictim
Sumber : AMARAN SCAM
Tarikh : 20 September 2024 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi : Bilik Latihan NADI Pengkalan Kubor
Tujuan
Kelas STEM ini bertujuan memberi penglibatan ahli kepada penerapan maklumat dan peningkatan kemahiran menyelesaikan masalah, pemerhatian, dan penerokaan terhadap STEM. Program ini juga sebagai salah satu usaha NADI Pengkalan Kubor mendekatkan STEM kepada komuniti.
Aktiviti
Para pengajar terlebih dahulu memberi penerangan tentang ilmu yang akan dipelajari dan memberikan tugasan supaya ahli dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kursus ini. Setiap ahli diberi peluang sendiri untuk melaksanakan setiap projek yang disediakan. Bahan-bahan telah disediakan oleh petugas NADI kepada ahli yang hadir. Semua ahli teruja dan gembira kerana dapat melakukan sendiri ketiga2 projek STEM tersebut Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan antara komuniti setempat dan dapat memberi pendedahan kepada komuniti berkaitan STEM.