Tarikh     : 11 Julai 2024

Masa       : 3.00 Petang – 5.30 Petang

Lokasi     : Bilik Latihan NADI Pengkalan Kubor

 

Tujuan

Kelas Whatsapp Web diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara membuka Whatsapp Web di peranti lain selain telefon kita. Ini sangat penting dan berguna kepada golongan pelajar dan juga usahawan kerana sangat memudahkan kerja seharian mereka sebagai pelajar dan juga usahawan.

Aktiviti

Petugas menerangkan tentang cara-cara penggunaan Whatsapp Web kepada para peserta. Peserta begitu teruja untuk menggunakan aplikasi baru yang diajar untuk kegunaan kerja harian mereka. Para peserta diajar secara satu persatu bermula dengan cara membuka Whatsapp Web di computer. Selepas berjaya log masuk, mereka diajar cara memuat turun dan memuat naik dokumen dan gambar menggunakan Whatsapp Web. Diharap para peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka

Gambar Disini