277521384 2130797527089680 7787607546671407802 n

Kenapa penting untuk menentukan kesahihan maklumat yang kita terima sebelum kita mempercayainya?

Dalam kehidupan manusia, kita membuat keputusan setiap kali berdasarkan maklumat semasa yang kita ada. Jadi, amat penting untuk kita pastikan maklumat tersebut adalah berdasarkan fakta dan bukan auta.

Bila kita terima saja sesuatu maklumat, tak kira lah di media sosial, laman web, panggilan telefon, ataupun ahli mesyuarat tingkap, lihat dulu asal usul sumber maklumat tersebut. Adakah ia boleh dipercayai?

Siapakah pengarangnya? Apakah latar belakang dan kelayakan pengarang tersebut?

Bilakah sumber itu diterbitkan? Adakah ia telah dikemas kini baru-baru ini, atau ianya maklumat yang dikitar semula dari tahun lepas?

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.

#positifnproduktif
#KlikDenganBijak
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat
#Malaysia
#KualaLumpur
#OOTDMalaysia