Galakkan perbualan dan perasaan hormat kepada kepelbagaian pandangan dan budaya (kemahiran komunikasi antara budaya). Hargai perspektif yang berbeza dalam mentafsir realiti dalam masyarakat.
Dengan perkembangan dunia media digital yang pantas, ramai orang yakin dengan keupayaan mereka untuk berhadapan dengan maklumat setiap masa. Akan tetapi, mereka mungkin tidak sedar bahawa maklumat yang mereka cari, cipta, atau disampaikan itu mungkin berat sebelah. Ada maklumat yang ditokok tambah dan ada yang sengaja ditinggalkan.
Sesuatu maklumat yang ditemui di Internet hanyalah 1 bahagian daripada sebuah cerita yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif.
Pengguna Internet yang positif dan produktif harus mahir untuk mencari bahan atau sumber rujukan alternatif jika mereka ingin mempersiapkan diri dari segi intelek untuk belajar, bekerja, dan menjadi warga global di dalam dunia digital.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.
Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.
Sumber rujukan:
Profesor Dr. Shanthi Balraj Baboo, USM. Digital Media Literacy: Cultivating Productive Practices among Young People in Malaysia. Media Matters, Networked Media Research Report. 2019.
#positifnproduktif
#KlikDenganBijak
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu